Beli Honor View20 Dan Dapatkan Pulangan Tunai Sehingga RM300 Comments Off on Beli Honor View20 Dan Dapatkan Pulangan Tunai Sehingga RM300

Honor View20 merupakan telefon pintar pertama di dunia yang menggunakan kamera belakang 48MP. Ia telah dilancarkan pada Januari lepas pada harga bermula RM1,999 seunit.

Setelah berada di pasaran untuk tempoh lebih kurang tiga bulan, hari ini Honor Malaysia telah mengumumkan tawaran promosi untuk peranti tersebut. Bagi pelanggan yang membeli Honor View20 versi 6GB+128GB, mereka akan menikmati pulangan tunai sebanyak RM200 manakala untuk versi 8GB+256GB pula, mereka akan menerima pulangan tunai sebanyak RM300.

Pulangan tunai ini boleh dikira sebagai diskaun yang boleh menjimatkan perbelanjaan pelanggan. Promosi ini boleh dinikmati mulai 27 April 2019 secara dalam talian melalui hihonor atau Honor Experience Store di seluruh Malaysia. Honor View20 didatangkan dengan pilihan warna Sapphire Blue, Midnight Black, dan Phantom Blue.

Baca juga:

Honor View20 Dengan Kirin 980 Dan Kamera 48MP Dijual Pada Harga RM1999 Dan RM2499, Bermula 26 Januari

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend