Beli Ais Krim Cornetto Di 7 Eleven Dan Dapatkan Pek Permulaan SIM Tapp Secara Percuma – Hingga 27 November 0 308

Melalui kolaborasi di antara telco digital yang baru sahaja dilancarkan pada awal tahun ini iaitu tapp dengan Cornetto Malaysia, pelanggan akan menerima kad SIM tapp secara percuma dengan setiap pembelian ais krim Cornetto di mana-mana 2,235 cawangan 7 Eleven di seluruh negara hingga 26 November nanti.

Pelanggan akan menerima 3 bulan akses Instagram tanpa had sebaik sahaja kad SIM diaktifkan.

Sepanjang tempoh promosi selama satu bulan ini, pelanggan boleh menebus kad SIM tapp di kaunter pembayaran kedai serbaneka 24 jam itu, selagi stok masih ada. Bermula 27 November sehingga 24 Disember, pelanggan yang memiliki kad SIM tapp juga berpeluang membuka pelbagai ganjaran melalui aplikasi setiap kali mereka membeli ais krim Cornetto di 7 Eleven.

Kad sim tapp membolehkan pelanggan menentukan pelan mengikut keperluan masing-masing.
Lebih istimewa, baki kuota yang tidak digunakan akan dijual semula secara automatik apabila tamat temooh.

tapp merupakan telco di dalam aplikasi yang membolehkan penggunanya untuk menghasilkan sendiri pelan tersendiri seperti tarikh luput, kuota data, dan juga kuota panggilan suara, bergantung kepada bajet yang mereka inginkan. Dengan menggunakan rangkaian 4G+ daripada Digi, tapp sudah boleh dimuat turun untuk peranti Android sahaja buat masa ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi https://tapp.my/

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend