Beberapa Pemilik Samsung Galaxy S9 Dan S9+ Dilaporkan Berhadapan Dengan Isu Skrin Sentuh Comments Off on Beberapa Pemilik Samsung Galaxy S9 Dan S9+ Dilaporkan Berhadapan Dengan Isu Skrin Sentuh

Trend pengeluar yang cuba menampilkan paparan skrin yang lebih besar dengan sokongan bezel yang lebih kecil sememangnya satu tindakan yang pintar. Ini kerana skrin sentuh merupakan bahagian utama yang paling kerap digunakan dalam mengawal segala tindakan pada telefon pintar.

Tetapi lain pula ceritanya dengan peranti flagship keluaran Samsung iaitu Galaxy S9 dan S9+, apabila terdapat beberapa pemilik peranti itu telah melaporkan bahawa skrin sentuh mereka tidak responsif terhadap sentuhan. Antara isu skrin sentuh yang dilaporkan termasuklah tidak boleh meleretkan panel notifikasi ke bawah, huruf yang ditaip pada papan kekunci tidak keluar, dan banyak lagi.

Selepas menerima beberapa laporan berbeza daripada pengguna, Samsung akhirnya telah mengeluarkan kenyataan rasmi seperti berikut berhubung isu tersebut :

At Samsung, customer satisfaction is core to our business and we aim to deliver the best possible experience. We are looking into a limited number of reports of Galaxy S9/S9+ touchscreen responsiveness issues. We are working with affected customers and investigating.
We encourage any customer with questions to contact us directly at 1-800-SAMSUNG.

Artikel berkaitan : Tips – Pastikan Samsung Galaxy S9/S9+ Anda Tidak Memiliki Isu Skrin Sentuh Dengan Fungsi ‘Test Mode’

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend