BBM Bakal Bersemadi, Akan Ditamatkan Pada Penghujung Mei 2019 Comments Off on BBM Bakal Bersemadi, Akan Ditamatkan Pada Penghujung Mei 2019

Suatu ketika dahulu perkhidmatan permesejan BBM sangat popular di kalangan pengguna BlackBerry. Medium ini digunakan untuk pengguna berhubung serta bersosial. Walau bagaimanapun, selepas munculnya Android melalui aplikasi WhatsApp, Messenger, WeChat, dan sebagainya aplikasi BBM dilihat tidak lagi mendapat sambutan.

Terkini, pihak BBM memaklumkan bahawa perkhidmatan mereka akan ditamatkan tidak lama lagi iaitu pada 31 Mei 2019. Selepas itu, BBM tidak lagi boleh digunakan dan dicari di dalam gedung Play Store dan App Store. Antara faktor yang membuatkan BBM menamatkan perkhidmatannya adalah BBM tidak menerima pengguna baru. Jika ada pun hanya sebilangan kecil.

BBM merupakan alternatif kepada SMS yang mana langganan perkhidmatan pada masa itu sangat murah berbanding kadar SMS yang perlu dibayar pengguna. Walau bagaimanapun, selari dengan peredaran zaman dengan penggunaan internet yang semakin meluas, pengguna kini mempunyai lebih banyak pilihan untuk kekal berhubung.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend