
Touch n’ Go eWallet hari ini mengumumkan kerjasama jangka panjang bersama Tealive bagi membawakan lebih banyak tawaran menarik serta promosi kepada pengguna.
Bersempena sambutan bulan Ramadan tidak lama lagi, pengguna boleh mendapatkan minuman Tealive pada harga RM2.50 sahaja bermula 5 Mei hingga 15 Jun 2019. Syaratnya anda perlu membayar menggunakan Touch n’ Go eWallet.

Tawaran ini sekaligus menjimatkan pengguna semasa menjalani ibadah puasa seterusnya pada Hari Raya yang akan datang. Touch n’ Go eWallet boleh dimuat turun secara percuma di Google Playstore dan Apple App Store hari ini.