Bayar Dengan E-Dompet Touch ‘n Go Untuk Pulangan Tunai Sehingga RM1000 – ‘Ketupat Runtuh RM1,000,000’ Comments Off on Bayar Dengan E-Dompet Touch ‘n Go Untuk Pulangan Tunai Sehingga RM1000 – ‘Ketupat Runtuh RM1,000,000’

Bersempena menyambut musim perayaan Hari Raya, TNG Digital Sdn. Bhd. telah menganjurkan kempen ‘Ketupat Runtuh RM1,000,000’ yang akan berlangsung pada 4 Mei hingga 30 Jun 2019 nanti. Sepanjang tempoh tersebut, anda boleh menggunakan e-dompet Touch ‘n Go untuk membuat bayaran minimum sebanyak RM5, dan sekiranya bertuah anda akan menerima pulangan tunai (cashback) sehingga RM1,000.

Selain itu, TNG Digital juga turut menganjurkan promosi menarik untuk pengguna e-dompet Touch ‘n Go iaitu minuman Tealive yang boleh dibeli pada harga hanya RM2.50, bermula 5 Mei hingga 15 Jun 2016. Promosi ini hanya terhad untuk satu minuman untuk satu transaksi, dan ia boleh dinikmati di semua cawangan Tealive kecuali AEON Delica Foodcourts, MaxValue dan MAPS.

Manakala bermula 5 Mei hingga 3 Jun 2019 nanti, pengguna e-dompet Touch ‘n Go juga boleh membuat tempahan perkhidmatan EZ-Cab antara jam 4 petang hingga 11 malam dengan potongan harga sebanyak RM4. Untuk menikmati promosi ini, anda hanya perlu menggunakan kod promo ‘JOMBERBUKA’, dan ia hanya terhad untuk 5,000 tempahan pertama sahaja.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend