Barisan Huawei Watch GT Kini Menyertakan Active Edition Dan Elegant Edition Comments Off on Barisan Huawei Watch GT Kini Menyertakan Active Edition Dan Elegant Edition

Barisan Huawei Watch GT kini diperkemaskan dengan kehadiran dua model baharu iaitu Huawei Watch GT Active Edition dan Huawei Watch GT Elegant Edition. Ia merupakan model sedia ada yang telah menerima perubahan daripada segi luaran iaitu pada reka bentuk dan tali jam.

Huawei Watch GT Active Edition hadir dengan muka jam 46mm yang sama seperti dua model terdahulu, Classic Edition dan Sport Edition. Sementara Elegant Edition tampil dengan muka jam yang sedikit kecil iaitu 42mm.

Teknologi skrin pula, Active Edition dimuatkan paparan AMOLED HD 1.39-inci beresolusi 454 x 454 piksel, sementara Elegant Edition dilengkapi paparan AMOLED HD 1.2-inci beresolusi 390 x 390 piksel – kedua-duanya menawarkan paparan yang terang serta tajam.

Ketahanan bateri pada kedua-dua jam pintar ini menawarkan masa mengguna yang panjang iaitu sekitar 14 hari dan 7 hari. Ia juga dilengkapi sistem pemetaan GPS, Galileo, dan Beidu pada masa sama menyertakan sensor bacaan nadi optikal yang membolehkan pengguna memantau kadar degupan jantung, menganalisa waktu tidur, serta berfungsi untuk memantau aktiviti bersenam ataupun bersukan.

Huawei Watch GT Active Edition hadir dengan dua pilihan warna jingga dan hijau, sementara Huawei Watch GT Elegant Edition pula dikeluarkan dalam pilihan warna hitam dan putih. Pihak Huawei turut memperkenalkan tali jam dengan pilihan warna lain yang boleh dibeli secara berasingan.

Di Eropah, Huawei Watch GT dijual pada harga €249 (~RM1,142) untuk Active Edition dan €229 (~RM1,051) untuk model Elegant Edition. Kita juga tahu bahawa ia akan dijual lebih murah lagi di pasaran Malaysia sekiranya dijual kelak.

Baca juga:

Huawei P30 dan P30 Kini Rasmi Dengan Kirin 980, Kamera 40MP LEICA dan Bateri Lebih Besar

Huawei Umum Fon Telinga Dengan Pembatalan Bunyi Menerusi Huawei FreeLace

Kaca Mata Huawei Dengan Kerjasama Gentle Monster Bakal Hadir Ke Pasaran Julai Nanti

Huawei 12000 40W SuperCharge Power Bank Turut Diumumkan

Huawei P30 dan P30 Pro Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 2 April 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend