[Bahagian 2] honor 9 Lite : Empat Kamera Menjanjikan Keunikan Penggambaran Bokeh Comments Off on [Bahagian 2] honor 9 Lite : Empat Kamera Menjanjikan Keunikan Penggambaran Bokeh

Walaupun dijual pada harga yang mampu milik, honor 9 Lite menawarkan ciri-ciri istimewa yang tidak dimiliki oleh model lain yang dijual di dalam kelas harga di bawah RM1,000. honor 9 Lite menawarkan sokongan empat buah kamera beresolusi 13 Megapiksel + 2 Megapiksel untuk kedua-dua kamera hadapan dan juga kamera utamanya.

Penyediaan konfigurasi dwi kamera pada honor 9 Lite ini mampu menghasilkan gambar dengan efek bokeh yang boleh dilaras sebelum dan selepas gambar diambil. Jadi ia secara tidak langsung mampu membantu pengguna untuk menentukan sendiri tahap kabur yang diingini ataupun bahagian mana yang ingin difokus.

RM 749

VIEWFINDER KAMERA UTAMA

VIEWFINDER KAMERA HADAPAN

 

HASIL GAMBAR DWI KAMERA UTAMA

HASIL GAMBAR DWI KAMERA (MOD BOKEH / WIDE APERTURE)

HASIL GAMBAR DWI KAMERA (MOD PRO PHOTO)

WIDE APERTURE EFFECTS

Anda bukan sahaja boleh mengubah tahap kabur atau bokeh yang diingini selepas gambar diambil, tetapi anda juga boleh memilih bahagian mana yang ingin difokuskan dengan menyentuh mana-mana bahagian pada gambar tersebut. Fungsi ‘Wide Aperture Effects’ ini tersedia untuk kamera utama dan kamera hadapan.

Sokongan dwi lensa untuk kamera utama dan hadapan honor 9 Lite mampu menghasilkan efek bokeh yang memuaskan. Malah kemampuannya untuk membenarkan pengguna melaras tahap kabur pada gambar sebelum dan selepas gambar diambil sememangnya menarik untuk dicuba.

Sungguhpun begitu, kemampuan penggambaran low-light honor 9 Lite adalah sangat mengecewakan kerana hasil gambar yang diambil kelihatan sangat gelap dan memiliki isu noise yang sangat ketara. Tetapi dengan adanya sokongan mod penggambara ‘Pro Photo’, anda mampu mengatasi isu tersebut dengan sangat baik.


Baca ulasan [Bahagian 1] – honor 9 Lite : Rekaan Cantik Dengan Spesifikasi Bagus, Pada Harga Murah

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend