BAD LAB Kini Menaja Pasukan Perdana CS:GO Malaysia, Turut Menganjurkan Pertandingan PUBG Mobile Comments Off on BAD LAB Kini Menaja Pasukan Perdana CS:GO Malaysia, Turut Menganjurkan Pertandingan PUBG Mobile 267

Pengeluar produk penjagaan lelaki, BAD LAB baru-baru ini telah mengumumkan kehadiran syarikatnya di dalam dunia e-sukan apabila mereka kini bersedia menaja pasukan perdana Malaysia dan bakal mengadakan pertandingan perlawanan PUBG Mobile tidak lama lagi.

BAD LAB juga akan menjadi jenama penjagaan diri yang pertama dalam negara ini untuk menaja pasukan profesional e-sukan Counter Strike: Global Offensive (CS:GO) Malaysia. Pasukan yang disertai oleh lima anak muda ini juga pernah menjuarai kejuaraan kebangsaan sebanyak 4-kali berturut-turut. Pasukan itu bakal dikenali dengan nama baharu, TGC yang sebelum ini terkenal dengan nama Mysterious Gaming.

Selain daripada itu, BAD LAB juga memaklumkan bahawa mereka bakal mengadakan pertandingan dalam talian bertajuk “The 2019 BAD LAB Brawl” tidak lama lagi, membawakan perlawanan PlayerUnknown’s BattleGround Mobile (PUBGM) oleh 32 kumpulan daripada 20 pasukan. Pertandingan yang menggunakan format perlawanan berasaskan pasukan ini juga akan menggunakan sistem kalah mati yang mana menyusunkan dua peringkat pada perlawanan akhir.

Bagi yang berminat untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh BAD LAB ini, anda boleh tinggalkan butiran diri melalui borang dalam talian di www.badlabesport.com bermula hari ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend