Audio-Technica Muncul Dengan TWS Tersendiri Dinamakan QuietPoint ANC300TW Comments Off on Audio-Technica Muncul Dengan TWS Tersendiri Dinamakan QuietPoint ANC300TW

Produk TWS kini sudah menjadi trend dan perkara ini turut disertai oleh pengeluar audio terkemuka Jepun, Audio-Technica menerusi fon telinga tanpa wayar sebenar QuietPoint ANC300TW.

Pada acara CES 2020, Audio-Technica memberitahu TWS mereka dilengkapi ciri pembatalan hingar (ANC) hibrid dengan sokongan kalis air IPX2 dan Bluetooth 5.0.

QuietPoint hadir dengan sepasang pemacu 5.8mm bersama mikrofon untuk setiap satu daripadanya. Mikrofon ini pula disokong Qualcomm Clear Voice Capture bagi memastikan pembatalan hingar berada pada tahap optimum.

Selain itu, pengguna juga boleh memilih antara tiga profil pembatalan hingar antaranya ialah Airplane untuk pengasingan bunyi frekuensi rendah, On-the-Go untuk bunyi di jalanan, dan Office/Study untuk persekitaran yang lebih senyap.

Fon telinga ini turut didatangkan dengan sokongan Qualcomm TrueWireless Stereo Plus yang akan memastikan aliran audio yang optimum tanpa gangguan atau kependaman audio.

Daripada segi bateri, setiap satu pengecasan penuh membolehkan pengguna mendengar muzik selama 4.5 jam dan tambahan 13.5 jam melalui bekas simpanannya. Bekas simpanan pula boleh dicas semula menggunakan sambungan USB Type-C.

Audio-Technica QuietPoint ANC300TW dijangka akan memasuki pasaran pada penghujung suku pertama tahun ini dengan harga USD230 (~RM940) seunit.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend