ATM Dan KKMM Sedang Mengkaji Sebarang Ancaman Membabitkan Penggunaan 5G Di Malaysia Comments Off on ATM Dan KKMM Sedang Mengkaji Sebarang Ancaman Membabitkan Penggunaan 5G Di Malaysia

Berikutan ketersediaan rangkaian 5G yang akan mula diperkenalkan pada tahun ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dilaporkan sedang mengkaji dan mengenal pasti jika terdapat sebarang ancaman melalui penggunaan teknologi itu.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata, teknologi rangkaian generasi kelima ini sememangnya akan memudahkan kehidupan seharian, tetapi dalam masa yang sama ia masih perlu dipantau bagi mengelakkan kemungkinan diceroboh atau serangan sistem siber negara.

Malah Tun Dr Mahathir Mohamad juga sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan untuk mengkaji sama ada Huawei perlu dihalang daripada membina infrastruktur 5G di negara ini ataupun tidak. Bahkan beberapa negara seperti Australia dan New Zealand turut dilaporkan telah mengharamkan jenama itu di negara masing-masing.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend