ASUS ZenFone Max Shot dan ZenFone Max Plus M2 Dilancarkan Dengan Cipset Snapdragon SiP 1 Yang Pertama Di Dunia Comments Off on ASUS ZenFone Max Shot dan ZenFone Max Plus M2 Dilancarkan Dengan Cipset Snapdragon SiP 1 Yang Pertama Di Dunia 357

Baru-baru ini ASUS telahpun melancarkan dua model telefon pintar mampu miliknya untuk pasaran di Brazil dengan penawaran model ZenFone Max Shot dan ZenFone Max Plus M2. Kemunculan dua peranti ini bukanlah sesuatu yang baru kerana sebelum ini rekaannya pernah tertiris di Internet.

Berbeza dengan telefon pintar sedia ada di pasaran, ZenFone Max Shot dan ZenFone Max Plus M2 merupakan peranti pertama di dunia menyokong cipset Sistem-dalam-Pakej (System-in-Package) Snapdragon SiP 1 daripada Qualcomm. Berbeza dengan cipset konvensional System-on-Chip atau lebih dikenali sebagai SoC, ia hadir dalam saiz yang lebih kecil.

Ini kerana kesemua cip seperti pemproses, pengurusan kuasa, audio codec dan juga cip-cip yang lain telah dimasukkan dalam satu cip yang sama. Ia bukan sahaja membolehkan pengeluar mengoptimakan ruang yang ada untuk komponen lain, tetapi dalam masa yang sama mampu mengurangkan kos penghasilan.

ASUS ZenFone Max Shot varian 3GB + 32GB akan dijual pada harga BRL1,349 (RM1,447) dan varian 4GB + 64GB pula ditawarkan pada harga BRL1,549 (RM1,662). Manakala ASUS ZenFone Max Plus M2 (3GB + 32GB) boleh dimiliki pada harga BRL1,299 (RM1,394).

Spesifikasi ASUS ZenFone Max Shot:

  • Android 8.1 Oreo (bakal terima kemas kini Android 9.0 Pie)
  • Qualcomm Snapdragon SiP 1 (14nm)
  • Lapan teras (1.8 GHz)
  • Adreno 506
  • 6.26 inci FHD+ (2280 x 1080 piksel)
  • 3GB + 32GB / 4GB + 64GB
  • Kamera depan: 8MP
  • Kamera utama: 12MP + 8MP + 5MP (Sony IMX486, f/1.8, 120° Ultra Wide-angle)
  • 4000 mAh (10W)

Spesifikasi ASUS ZenFone Max Plus M2:

  • Android 8.1 Oreo (bakal terima kemas kini Android 9.0 Pie)
  • Qualcomm Snapdragon SiP 1 (14nm)
  • Lapan teras (1.8 GHz)
  • Adreno 506
  • 6.26 inci FHD+ (2280 x 1080 piksel)
  • 3GB + 32GB
  • Kamera depan: 8MP
  • Kamera utama: 12MP + 5MP (Sony IMX486, f/1.8)
  • 4000 mAh (10W)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend