ASUS ZenFone Max Pro M2 Varian 6GB + 64GB Akan Dijual Secara Eksklusif Di Shopee Pada 12 Disember 0 485

Peranti gaming bajet generasi kedua keluaran ASUS iaitu model ZenFone Max Pro M2 bakal dilancarkan secara rasmi pada 11 Disember nanti. Bahkan lebih menariknya sehari selepas dilancarkan iaitu pada 12 Disember, pengguna di negara ini sudah boleh memiliki ASUS ZenFone Max Pro M2 secara rasmi.

Jadi bagi anda yang berminat untuk memiliki ASUS ZenFone Max Pro M2, Shopee telah mengumumkan bahawa platform e-dagang itu akan menerima hak jualan eksklusif untuk varian 6GB + 64GB. Menurut kenyataan rasmi yang dikongsikan, pengguna yang berminat boleh membuat pra-tempah model itu pada 11 Disember (jam 23:59) dan peranti akan diterima dalam tempoh tujuh hari selepas tempahan dibuat.

Namun begitu setakat ini Shopee tidak pula mendedahkan harga jualan untuk ASUS ZenFone Max Pro M2 dalam varian 6GB + 64GB.

  • Pra-tempah ASUS ZenFone Max Pro M2 (6GB + 64GB) secara eksklusif di Shopee pada 12 Disember nanti di Shopee
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend