ASUS ZenFone Max Pro M2 Sah Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di Indonesia Pada 11 Disember 2018 Comments Off on ASUS ZenFone Max Pro M2 Sah Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di Indonesia Pada 11 Disember 2018

Beberapa hari yang lepas kami ada berkongsi artikel berkaitan sokongan tiga kamera pada ASUS ZenFone Max Pro M2. Bahkan berdasarkan daripada perbualan kami dengan wakil ASUS Malaysia, model ini dikatakan akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Menariknya semalam ASUS Indonesia terlebih dahulu membuat pengumuman untuk melancarkan ASUS ZenFone Max Pro M2 secara rasmi di negara itu pada 11 Disember nanti. Melalui perkongsian imej rasmi itu juga jelas memperlihatkan bahawa model ini memfokuskan kepada aspek gaming sama seperti generasi pertamanya dahulu.

Berdasarkan laporan sebelum ini, ASUS ZenFone Max Pro M2 dipercayai hadir dengan skrin berukuran 6.3 inci IPS LCD FHD+, menyokong RAM berkapasiti 4GB, dan juga sokongan ruang storan 64GB atau 128GB. Pada pendapat kami, adalah tidak mustahil jika ia akan turut diperkenalkan dalam varian 6GB RAM. Selain itu ia juga akan dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 660 AIE serta sokongan Android 8.0 Oreo.

Baca juga:

ASUS ZenFone Max Pro M2 Dipercayai Hadir Dengan Tiga Kamera Dan RAM Berkapasiti 4GB

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend