ASUS ZenFone Max Pro M2 Disahkan Hanya Sokong Dua Kamera Dan Bukan Tiga Kamera Seperti Yang Disangka?! Comments Off on ASUS ZenFone Max Pro M2 Disahkan Hanya Sokong Dua Kamera Dan Bukan Tiga Kamera Seperti Yang Disangka?!

Jika sebelum ini ada banyak pihak termasuk kami sendiri menjangkakan bahawa ASUS ZenFone Max Pro M2 bakal hadir dengan sokongan tiga kamera. Perkara ini mungkin tidak menjadi kenyataan apabila ada pihak telah mendedahkan rekaan sebenar peranti itu melalui ketirisan video dan juga gambar sebenar ASUS ZenFone Max Pro M2 di Internet.

Berdasarkan pendedahan gambar sebenar itu, ASUS ZenFone Max Pro M2 disahkan hadir dengan paparan skrin bertakuk. Namun begitu ia dilihat hanya menyokong dwi kamera sahaja iaitu dengan konfigurasi lensa 1.25μm beresolusi 12MP (f/1.8) menggunakan sensor Sony IMX486 5MP dengan sokongan penstabilan EIS. Manakala lensa keduanya pula beresolusi 5MP yang digunakan untuk menghasilkan efek bokeh.

Bahagian takuk pada skrin pula menempatkan kamera swafotonya beresolusi 13MP (f/2.0) yang dibantu dengan Softlight LED Flash dan juga tersedia dengan Proximity sensor. Berdasarkan antaramuka yang dapat dilihat, ASUS ZenFone Max Pro M2 dijangka akan dioperasikan dengan antaramuka Android asli.

Panel belakangnya pula disahkan tampil dengan permukaan kaca dan ia turut dilengkapi dengan sensor pengimbas cap jari.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend