ASUS ZenFone Max Pro M2 Dipercayai Hadir Dengan Tiga Kamera Dan RAM Berkapasiti 4GB Comments Off on ASUS ZenFone Max Pro M2 Dipercayai Hadir Dengan Tiga Kamera Dan RAM Berkapasiti 4GB

ASUS ZenFone Max Pro M2 dan ZenFone Max M2 sebelum ini telahpun dilihat membuat kemunculan rasminya di Rusia selepas menerima kelulusan daripada Eurasian Economic Commission (EEC). Sungguhpun begitu, tiada maklumat berhubung spesifikasi yang berjaya didedahkan kecuali ia telah disahkan menyokong versi Android 8.1 Oreo.

Baru-baru ini Roland Quandt telah berkongsi spesifikasi asas yang akan disokong oleh kedua-dua model ini melalui akaun Twitter miliknya. Menurutnya, ASUS ZenFone Max Pro M2 telah disahkan akan menyokong sistem penggambaran tiga kamera, RAM berkapasiti 4GB dan juga dijana dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 660.

Namun begitu, maklumat berhubung spesifikasi lain seperti skrin 6.0 inci FHD+, dan juga pilihan storan 64GB atau 128GB pada ZenFone Max Pro M2 masih lagi belum dapat dipastikan kesahihannya setakat ini.

Melalui perkongsian itu juga, dia turut mendedahkan bahawa ZenFone Max M2 pula akan dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 636 (sama seperti ZenFone Max Pro M1), RAM berkapasiti 4GB, dan juga hadir dengan dwi kamera sahaja. Manakala sokongan skrin 6.0 inci FHD+, dan juga pilihan storan 32GB atau 64GB untuk model ini tidak dapat disahkan lagi benar ataupun tidak.

Berdasarkan perbualan kami dengan wakil daripada ASUS Malaysia, ASUS ZenFone Max Pro M2 ini bakal dilancarkan secara rasmi di Malaysia sebelum tahun 2018 melabuhkan tirainya nanti. Benar atau tidak, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi tidak lama lagi.

Baca juga:

ASUS ZenFone Max Pro M2 Dan ZenFone Max M2 Membuat Kemunculan Di Rusia

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend