Asus ZenFone Max Pro (M2) Dilancarkan Dengan Snapdragon 660, Bateri 5000mAh Comments Off on Asus ZenFone Max Pro (M2) Dilancarkan Dengan Snapdragon 660, Bateri 5000mAh

Asus ZenFone Max Pro (M1) telah menyelamatkan Asus Malaysia daripada dibenamkan telefon pintar daripada China. Setelah mendapat permintaan yang tinggi, kini generasi kedua dilancarkan di Indonesia secara rasmi. Peranti ini masih kekal dengan sistem operasi Android tulen tanpa ZenUI.

ZenFone Max Pro (M2) dilengkapi paparan bertakuk berukuran 6.3-inci yang mana lebih besar berbanding M1. Pengimbas cap jari masih diletakkan di panel belakang selain panel belakang kali ini direka lebih melengkung di sisi untuk genggaman yang lebih selesa. Tubuh badan logam ini masih mengekalkan bicu audio 3.5mm dan tiga slot kad untuk SIM serta microSD.

Memfokuskan kepada permainan mudah alih, M2 menawarkan resolusi skrin FHD+ dengan ketahanan bateri yang berpanjangan. Berkenaan bateri, ia dilihat masih kekal dengan kapasiti 5,000mAh seperti model terdahulu.

Daripada segi perkakasan dalaman, ZenFone Max Pro M2 diperkasakan cipset Snapdragon 660 AIE dengan pilihan memori 4GB atau 6GB disamping storan 64GB. Kamera belakang pula menempatkan gabungan dwi kamera 12MP + 5MP yang masih menggunakan sistem Snapdragon Camera seperti sebelum ini. Kamera depan menawarkan sensor 13MP dan kedua-duanya dikuasakan teknologi AI yang telah dikemas kini.

Untuk pasaran Malaysia, ia akan dijual dengan harga RM859 dan RM999. Kedua-dua varian dijual secara berasingan di dua platfom Lazada dan Shopee bermula hari ini.

Anda boleh pra-tempah ZenFone Max Pro M2 di:

Spesifikasi

– Qualcomm® Snapdragon™ 660 AI Engine
– 4GB 64GB | 6GB 64GB
– Android asli
– 5000 mAh dengan pengecasan pantas
– 6.3″ FHD+ All-screen Display
– Corning Gorilla® Glass 6
– Dwi kamera utama 12MP Sony® IMX486, F 1.8, 6p lens & 5MP
– 3-paksi EIS untuk rakaman video
– Kamera depan 13MP, F 2.0 dengan soft LED Flash
– 175 gram, sokong VoLTE/VoWiFi
– Tiga slot SIM slot: Dual Nano-SIM & one MicroSD card (up to 2TB)
– Rakaman video 4K Ultra HD pada 30fps
– 5-magnet, NXP smart amplifier

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend