ASUS ZenFone Max Pro M2 Dan ZenFone Max M2 Membuat Kemunculan Di Rusia Comments Off on ASUS ZenFone Max Pro M2 Dan ZenFone Max M2 Membuat Kemunculan Di Rusia

Kemunculan ASUS ZenFone Max Pro M1 sememangnya mendapat sambutan positif di kalangan pengguna, termasuklah pengguna di negara ini sendiri. Penerimaan yang baik terhadap model ini disebabkan oleh sokongan spesifikasi yang baik dengan harga jualan yang lebih mampu milik.

Apa yang menariknya, baru-baru ini ASUS dilaporkan bakal hadir dengan dua lagi model baharu daripada siri tersebut dengan kemunculan ZenFone Max Pro M2 dan ZenFone Max M2. Perkara ini telah disahkan selepas kedua-dua model ini telah mendapat kelulusan daripada Eurasian Economic Commission (EEC) di Rusia.

Walaupun tiada pendedahan berhubung spesifikasi kedua-dua model ini berjaya didedahkan, ZenFone Max Pro M2 akan menggunakan nombor model ZB631KL, dan ZenFone Max M2 pula tampil dengan nombor model ZB633KL. Malah ia juga dikatakan masih lagi akan dioperasikan dengan versi Android Oreo dan bukannya Android Pie, walaupun Google telahpun melancarkan versi baharu itu secara rasmi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend