Asus ZenFone Max Pro (M2) Cosmic Titanium Kini Dijual Di Malaysia Comments Off on Asus ZenFone Max Pro (M2) Cosmic Titanium Kini Dijual Di Malaysia

Asus ZenFone Max Pro (M2) merupakan peranti terbaru daripada Asus untuk pengguna yang gemarkan permainan mudah alih tetapi mahukan peranti pada harga mampu milik. Ia dijual pada harga bermula RM859 sebuah dan mengikut spesifikasi, ianya cukup berbaloi untuk dimiliki.

Bagi memberi pilihan yang lebih baik kepada pengguna, kini warna Cosmic Titanium (kelabu) mula ditawarkan. Memiliki tanda harga yang masih sama, ia juga tersedia dalam varian 6GB RAM dengan 64GB storan. Harganya pula masih sama seperti sebelum ini iaitu RM999 seunit.

Asus ZenFone Max Pro (M2) sebuah peranti yang dijana Android asli berasaskan Android 8.1 Oreo. Ia turut diperkasakan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 660 untuk menjamin permainan yang lancar. Paparan skrin pula adalah sebesar 6.3-inci HD penuh+ dengan perlindungan Corning Gorilla Glass 6.

Peranti gaming ini menawarkan bateri besar berkapasiti 5000mAh dengan sokongan tiga slot kad (dua Nano SIM, satu microSD). Ia menyediakan dwi kamera belakang 12MP + 5MP bersama kamera depan 13MP yang juga menyokong sistem nyahkunci pengecaman wajah.

[Ulasan] ASUS ZenFone Max Pro M2 – Hadir Dalam Rekaan Baharu Dengan Prestasi Terbaik Dalam Kelasnya

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend