ASUS ZenFone Max Pro M1 Terima Kemas Kini Baharu Dengan Sokongan EIS, Live Wallpaper, Penambahbaikan WiFi, Radio FM dan Nada Dering Comments Off on ASUS ZenFone Max Pro M1 Terima Kemas Kini Baharu Dengan Sokongan EIS, Live Wallpaper, Penambahbaikan WiFi, Radio FM dan Nada Dering

Sekiranya anda memiliki ASUS ZenFone Max Pro M1, kini anda sudah boleh memasang kemas kini baharu dengan build number 15.2016.1810.337 bersaiz 82.74MB.

Walaupun saiz kemas kini tidaklah begitu besar, ia menjanjikan pelbagai fungsi dan juga penambahbaikan baharu untuk ZenFone Max Pro M1. Terdapat lima perkara utama dibawakan dalam kemas kini baharu iaitu pengaktifan fungsi penstabilan EIS (Electronic Image Stabilization) pada kamera, dan juga sokongan fungsi Live Wallpaper.

Selain itu, kemas kini ini juga turut menambahbaik isu nada dering apabila peranti disambungkan ke Bluetooth, mengatasi isu sambungan WiFi dengan router ASUS AC51U, dan juga memperbaiki isu radio FM. Untuk memasang kemas kini baharu ini, anda boleh mengakses Settings → System → System update.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend