ASUS ZenFone Max Pro (M1): Mampu Mengubah Persepsi Pengguna Terhadap Siri ZenFone Comments Off on ASUS ZenFone Max Pro (M1): Mampu Mengubah Persepsi Pengguna Terhadap Siri ZenFone 772

Sebelum ini apabila sebut sahaja tentang telefon pintar keluaran ASUS, tidak dinafikan masih ada daripada segelintir pengguna yang masih skeptikal untuk memilikinya. Ini berikutan beberapa isu yang dihadapi oleh pemilik model ZenFone generasi sebelum ini. Tetapi tanpa anda sedari, ASUS ZenFone kini bukanlah seperti sebelum ini kerana pihak ASUS dilihat telah mendengar dan berusaha mengatasi segala permasalahan tersebut.

Apa yang pasti, kemunculan ZenFone Max Pro (M1) telah mengubah segala persepsi negatif terhadap telefon pintar keluaran ASUS kerana pada pendapat kami, ia boleh dianggap telefon pintar terbaik yang boleh anda miliki dalam segmen harga setanding dengannya…

 

HARGA

ASUS ZenFone Max Pro (M1) telah diperkenalkan dalam tiga varian berbeza untuk pasaran tempatan dan ia dijual pada harga yang sangat kompetitif:

32GB + RAM 3GB
64GB + RAM 4GB
64GB + RAM 6GB

 

PAKEJ PEMBELIAN

Kotak Pembungkusan

Kotak pembungkusan ASUS ZenFone Max Pro (M1) tampil dengan penampilan yang ringkas tetapi moden kerana ia tidak lagi memaparkan imej peranti pada luaran kotaknya.

Aksesori

  1. ASUS ZenFone Max Pro (M1)
  2. Palam kuasa 5V2A
  3. Fon telinga
  4. Buku manual
  5. Sarung pelindung TPU
  6. Kabel microUSB
  7. Pin slot kad
  8. Earbud
  9. Kad penebusan permainan Free Fire

Walaupun dijual pada harga yang kompetitif, pemilik peranti ini menerima pakej yang boleh dianggap agak lengkap kerana turut menerima sarung pelindung, fon telinga dan juga kad penebusan permainan Free Fire yang tidak disediakan pada sesetengah pesaingnya yang lain di pasaran.

 

PERBANDINGAN SPESIFIKASI

Jika dilihat pada keseluruhan sokongan spesifikasi antara ZenFone Max Pro (M1) dengan Redmi Note 5, tidak dinafikan lagi bahawa peranti yang diperkenalkan oleh ASUS dilihat lebih berbaloi untuk dimiliki. Tambahan pula harga jualannya adalah lebih murah dengan penawaran varian yang lebih banyak untuk dipilih oleh pengguna.

 

REKA BENTUK

Panel Depan

Rekaan panel depan ZenFone Max Pro (M1) tampil lebih kemas kerana paparan skrin dengan nisbah 18:9 telah mendominasi bahagian ini. Bahagian bezel atas telah menempatkan kamera swafoto, sensor, lubang earpiece, dan juga Softlight LED Flash.

Panel Belakang

Panel belakang ZenFone Max Pro (M1) ini juga kelihatan lebih kemas dengan permukaan panel yang diperbuat daripada logam. Untuk pengetahuan anda, bahagian atas, bawah dan juga sisi kerangka peranti ini sebenarnya diperbuat daripada plastik yang berkualiti.

 

PRESTASI BENCHMARK

Berdasarkan kepada prestasi ujian benchmark yang telah dijalankan, ZenFone Max Pro (M1) dengan sokongan pemproses Qualcomm Snapdragon 636 berasaskan proses 14nm ini dilihat setanding dengan keupayaan prestasi benchmark Redmi Note 5. Namun berdasarkan kepada pengalaman penggunaan, kami dapat mengesahkan bahawa penggunaan antaramuka asli Android sememangnya sangat membantu dalam memastikan pengoperasian yang lebih lancar.

 

APA YANG MENARIK?!

1. Antaramuka asli Android

Lockscreen, homescreen dan menu tetapan homescreen.
Panel notifikasi, tetapan pintas, dan laci aplikasi.

Berbeza dengan kebanyakan telefon pintar ASUS ZenFone yang telah diperkenalkan sebelum ini, ZenFone Max Pro (M1) tidak lagi didatangkan dengan sokongan antaramuka ZenUI. Sokongan antaramuka asli Android berasaskan Android 8.1 Oreo mampu memastikan pengaktifan aplikasi yang lebih pantas, dan dalam masa yang sama akan menerima kemas kini dengan lebih cepat. Lebih menariknya, kini tiada lagi lambakan aplikasi pra-pasang yang tidak diperlukan (bloatware) yang menyebabkan pembaziran ruang storan peranti.

2. Kapasiti bateri besar

Dengan rekaan kerangka logam setebal 8.45mm serta berat 180g, ZenFone Max Pro (M1) telah diiktiraf sebagai telefon pintar dengan bateri 5000 mAh paling nipis di dunia. Sokongan bateri yang sangat besar ini dikatakan membolehkan pengguna mendengar muzik tanpa henti sehingga 199 jam, masa menunggu 4G sehingga 34.1 hari, masa memain video 1080p selama 25.3 jam, dan juga masa bermain permainan mudah alih Mobile Legends atau Free Fire lebih dari 11 jam. Malah proses mengecas penuh juga boleh dikatakan agak cepat jika dibandingkan dengan pesaingnya yang lain di pasaran iaitu kurang dari 3 jam.

3. Kamera Snapdragon

Proses mengambil gambar menggunakan ZenFone Max Pro (M1) terasa lebih mudah kerana ia menyokong kamera Snapdragon yang menampilkan antaramuka yang lebih mudah untuk digunakan. Selain memiliki ikon yang besar, tetapan kamera juga lebih mudah untuk diakses kerana ia akan dipaparkan dalam satu paparan yang sama.

4. Dwi kamera dengan efek bokeh

ZenFone Max Pro (M1) kini dilengkapi dengan dwi kamera yang mana sensor kamera kedua akan digunakan bagi mendapatkan efek bokeh (latar belakang kabur) yang lebih sempurna. Bagi memastikan pengalaman mengambil gambar dengan mod Potret yang lebih baik, efek bokeh boleh dilihat pada masa-nyata dan bukannya selepas gambar diambil.

5. Kamera swafoto dengan Softlight LED

Penggambaran swafoto di dalam persekitaran yang gelap tidak menjadi masalah dengan ZenFone Max Pro (M1) kerana ia dilengkapi dengan Softlight LED dengan sokongan tiga mod pencahayaan iaitu Off, Auto dan juga On. Tidak cukup dengan itu, ia turut didatangkan dengan mod Beauty bagi memastikan hasil swafoto yang lebih sempurna.

6. Tiga slot kad berasingan

Berbeza dengan slot kad jenis hibrid yang disokong oleh kebanyakan peranti, ZenFone Max Pro (M1) memberikan pengguna lebih kekebasan kerana ia menawarkan sehingga tiga slot kad secara berasingan. Ini bermakna anda boleh menggunakan dua kad SIM 4G bersaiz nano dan juga satu kad microSD sehingga 2TB secara serentak.

7. Speaker 5-magnet dengan teknologi Smart Amp

Walaupun memiliki satu speaker, tahap kekuatan dan kualiti audio yang dihasilkan oleh ZenFone Max Pro (M1) tidak mengecewakan kerana ia menyokong speaker 5-magnet dan juga Smart Amp NXP. Ini bermakna ia menjanjikan tahap kelantangan audio 41% lebih baik dan 12% kurang herotan bunyi berbanding speaker biasa.

 

HASIL GAMBAR

ASUS ZENFONE MAX PRO (M1) KINI MAMPU MENEPIS PERSEPSI NEGATIF PENGGUNA!

PERSEPSI 1: Saya pernah guna model ZenFone sebelum ini dan berhadapan dengan masalah peranti cepat panas (overheating), adakah model ZenFone Max Pro (M1) akan mengalami masalah yang sama?
Untuk pengetahuan anda, ZenFone Max Pro (M1) tidak lagi dioperasikan dengan pemproses Intel Atom sebagaimana generasi ZenFone terdahulu seperti model ZenFone 5 (2014) ataupun ZenFone 2 (2015). ini kerana pemproses Intel Atom sebenarnya tidak dioptimumkan untuk digunakan pada telefon pintar kerana ia telah dibangunkan berasaskan kejuruteraan x86-64 yang lebih cepat panas berbanding pemproses berasaskan kejuruteraan ARM. Apa yang pasti, ZenFone Max Pro (M1) kini menyokong pemproses Qualcomm Snapdragon 636 yang menjanjikan pengoperasian optimum tanpa isu cepat panas.

PERSEPSI 2: Bagaimana pula dengan ketahanan bateri pada ZenFone Max Pro (M1), adakah baterinya tidak tahan lama seperti generasi awal ZenFone?
Anda tidak perlu risau dengan ketahanan bateri pada ZenFone Max Pro (M1) kerana ia dilengkapi dengan kapasiti bateri yang sangat besar iaitu mencecah 5000 mAh. Tambahan pula ia dikuasakan dengan pemproses yang lebih efisien tenaga dengan keupayaan penggunaan sehingga 2 hari atau bersamaan dengan masa bermain permainan mudah alih sehingga 12.4 jam dan 42.4 jam masa berbual menggunakan rangkaian 3G.

PERSEPSI 3: ASUS ZenFone memiliki terlalu banyak aplikasi pra-pasang yang tidak diperlukan (bloatware) dan ini menyebabkan ruang storan dalaman telah banyak digunakan!
Bermula dari kemunculan antaramuka baharu ZenUI 4.0, ASUS dilihat telah memperbaiki penampilan keseluruhannya dengan antaramuka yang lebih kemas dan lebih penting tiada lagi sokongan aplikasi pra-pasang yang tidak diperlukan oleh pengguna. Apa yang lebih menariknya, ZenFone Max Pro (M1) kini tampil dengan antaramuka asli Android berasaskan Android 8.1 Oreo yang menjanjikan pengoperasian lebih lancar dan akan menerima kemas kini terbaru dengan lebih cepat.

PERSEPSI 4: Saya berhadapan dengan masalah sambungan GPS pada generasi ZenFone, bagaimana pula dengan kekuatan sambungan GPS pada ZenFone Max Pro (M1)?
Berdasarkan daripada ujian sambungan GPS yang telah kami jalankan, ZenFone Max Pro (M1) tidak berhadapan dengan isu sambungan GPS kerana ia mampu mengunci satelit dengan sangat pantas dengan ketepatan lokasi yang sangat baik. Namun begitu, ingin dimaklumkan bahawa anda perlu memastikan mod penglokasian ditetapkan ke ‘High accuracy’. Selain itu faktor cuaca dan juga kekuatan rangkaian isyarat telco juga turut memainkan peranan untuk mendapatkan sambungan yang lebih cepat dan tepat.

KESIMPULAN TEKNORATZ

Tidak dinafikan bahawa pesaing terdekat ASUS ZenFone Max Pro (M1) adalah model keluaran Xiaomi iaitu Redmi Note 5 kerana kedua-dua peranti ini hadir dengan spesifikasi yang hampir setanding. Namun begitu ZenFone Max Pro (M1) boleh dikatakan peranti yang paling berbaloi untuk dimiliki di dalam segmen harganya, terutamanya bagi pengguna yang sangat mementingkan aspek permainan yang lancar.

Ini kerana ia dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 636 berasaskan proses 14nm, sokongan RAM sehingga 6GB, paparan skrin 18:9 berukuran 6.0 inci FHD+, antaramuka asli Android dan juga kapasiti bateri sebesar 5000 mAh yang menjanjikan ketahanan bateri yang lebih lama. Apa yang pasti, segala permasalahan yang dihadapi oleh pengguna pada generasi ZenFone sebelum ini telah diatasi sepenuhnya.

KELEBIHAN:

  • Paparan skrin 18:9 yang besar dengan resolusi FHD+ sesuai untuk bermain game, menonton video dan juga melayari Internet.
  • Bateri berkapasiti 5000 mAh menjanjikan ketahanan bateri yang lebih baik dan mampu dicas dalam masa kurang 3 jam.
  • Rekaan kerangka yang kompak diperbuat daripada logam.
  • Sokongan antaramuka asli Android menjanjikan pengoperasian yang lebih lancar dan kelihatan lebih kemas.
  • Harga yang murah dengan sokongan spesifikasi yang sangat baik.
  • Menyokong rakaman video berkualiti 4K UHD atau DCI.
  • Tiga slot kad berasingan sememangnya sangat praktikal untuk kebanyakan pengguna.

KEKURANGAN

  • Prestasi Face Unlock agak perlahan dan paparan skrin perlu diaktifkan terlebih dahulu dengan menekan butang kuasa.
  • Output pengecasan hanya menyokong setakat 5V2A.
  • Rakaman video tidak menyokong teknologi penstabilan EIS apatah lagi OIS.
  • Tidak menyokong rangkaian WiFi 5GHz.
  • Tiada port Inframerah untuk digunakan sebagai alat kawalan jauh.

Tonton video buka kotak ASUS ZenFone Max Pro (M1):

TAWARAN TERHAD!

ASUS Malaysia kini telah menawarkan tawaran hebat yang tidak patut anda lepaskan kerana pada setiap hari SELASA sepanjang bulan JULAI 2018 (12am – 3, 10, 17, 24, 31 Julai 2018), model ZenFone Max Pro (M1) varian 32GB + RAM 3GB boleh dimiliki pada harga hanya RM599 berbanding harga asalnya RM699. Jika berminat, anda boleh memilikinya secara eksklusif melalui JUALAN KILAT di LAZADA.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend