ASUS ZenFone Max Pro (M1) Kini Diperkenalkan Dalam Warna Biru Dan Akan Dijual Mulai 30 Ogos Ini Di India Comments Off on ASUS ZenFone Max Pro (M1) Kini Diperkenalkan Dalam Warna Biru Dan Akan Dijual Mulai 30 Ogos Ini Di India

Apabila kita sebut sahaja tentang peranti dengan tanda harga bawah RM1000, ASUS ZenFone Max Pro (M1) merupakan salah satu daripada model yang dianggap berbaloi untuk dimiliki. Ini kerana ia menampilkan sokongan spesifikasi yang baik dan dalam masa yang sama dioperasikan dengan antaramuka Android asli.

Sebelum ini ASUS ZenFone Max Pro (M1) diperkenalkan dalam dua warna iaitu Deepsea Black dan juga Meteor Silver.

Jika sebelum ini ASUS ZenFone Max Pro (M1) diperkenalkan dalam dua warna iaitu Meteor Silver dan Deepsea Black, kini ASUS telah memperkenalkan satu lagi warna baharu iaitu biru. Lebih menariknya, warna baharu itu telah ditawarkan untuk ketiga-tiga varian 3GB, 4GB dan juga 6GB.

ASUS ZenFone Max Pro (M1) dalam warna biru ini akan mula dijual pada harga bermula dari Rs.10,999 (kira-kira RM643) secara eksklusif di Flipkart untuk pasaran India pada 30 Ogos nanti.

Baca juga:

[Ulasan] ASUS ZenFone Max Pro (M1): Mampu Mengubah Persepsi Pengguna Terhadap Siri ZenFone

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend