ASUS ZenFone Max Pro (M1): Berbaloikah Untuk Anda Memiliki Varian Tertinggi Model Ini?! 0 294

Apabila sebut sahaja tentang telefon pintar Android paling berbaloi untuk dimiliki di bawah tanda harga RM1000 di pasaran, ASUS ZenFone Max Pro (M1) boleh dianggap antara model terbaik boleh anda miliki di pasaran. Ini kerana sokongan spesifikasinya boleh dianggap antara yang paling lengkap jika dibandingkan dengan pesaingnya yang lain…

Kelebihan ASUS ZenFone Max Pro (M1):

Antaramuka Android asli

Berbeza dengan kebanyakan telefon pintar yang lain, ZenFone Max Pro (M1) menyokong antaramuka Android asli yang tiada lagi dilambakkan dengan aplikasi pra-pasang yang tidak diperlukan (bloatware). Ini secara tidak langsung menjanjikan kelancaran pengoperasian.

Penerimaan kemas kini lebih cepat

Disebabkan ia menyokong antaramuka Android asli, pemilik ZenFone Max Pro (M1) tidak lagi perlu khuatir tentang penerimaan versi kemas kini terbaharu kerana ia akan menerimanya lebih cepat berbanding peranti lain yang menyokong antaramuka yang telah diubah oleh pengeluar.

Tiga slot kad berasingan

Jika anda memiliki dua kad SIM dan dalam masa yang sama ingin menggunakan kad microSD, ia tidak menjadi masalah pada ZenFone Max Pro (M1) kerana ia didatangkan dengan tiga slot kad berasingan. Ini berbeza dengan slot kad hibrid pada kebanyakan peranti yang hanya boleh menyokong satu jenis kad pada satu-satu masa.

Bateri 5000 mAh

Keistimewaan paling utama ZenFone Max Pro (M1) sudah tentunya sokongan bateri dengan kapasiti yang sangat besar mencecah 5000 mAh. Menurut ASUS, ia mampu menjanjikan masa penggunaan selama 12 jam untuk aktiviti gaming dan masa menunggu 4G mencecah sehingga 35 hari. Tidak cukup dengan itu, ia juga boleh dijadikan sebagai power bank untuk mengecas peranti lain.

Kamera swafoto dengan LED Flash

Penggambaran swafoto dengan ZenFone Max Pro (M1) boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana jua, walaupun di dalam persekitaran yang gelap. Ini kerana ia dilengkapi dengan lampu LED Flash yang terletak pada sebelah kanan lubang earpiece. Pengguna boleh mengaktifkannya secara automatik bergantung kepada pencahayaan ataupun sentiasa mengaktifkannya pada setiap masa.

 

Berbaloikah untuk memiliki ASUS ZenFone Max Pro (M1) varian tertinggi 6GB + 64GB?!

Sebagaimana yang pembaca semua ketahui, ASUS ZenFone Max Pro (M1) telah diperkenalkan dalam tiga varian berbeza iaitu;

  • 3GB + 32GB – RM699
  • 4GB + 64GB – RM849
  • 6GB + 64GB – RM999

Memandangkan perbezaan harga jualan untuk setiap varian ini adalah sama iaitu RM150, berbaloikah untuk anda memiliki varian tertinggi iaitu 6GB + 64GB jika dibandingkan dengan varian paling rendah 3GB + 32GB?! Berikut adalah perbezaan yang dapat kami kongsikan antara kedua-dua varian tersebut:

Kamera hadapan – 16MP vs 8MP

ZenFone Max Pro (M1) varian 6GB hadir dengan sokongan kamera hadapan yang lebih beresolusi tinggi iaitu 16MP dengan sokongan aperture f/2.0, manakala varian 3GB pula hanya menyokong kamera beresolusi 8MP dengan aperture f/2.2. Ini bermakna hasil gambar swafoto varian 6GB tampil lebih jelas, terang dan dalam masa yang sama tidak berhadapan dengan isu noise.

Kamera utama – 16MP+5MP vs 13MP+5MP

Resolusi dwi kamera utama untuk varian 6GB juga telah dipertingkatkan dengan 16MP+5MP (f/2.0) berbanding 13MP+5MP (f/2.2) untuk varian 3GB. Apa yang pasti, sokongan resolusi kamera yang lebih besar ini mampu memastikan kualiti gambar yang lebih baik dalam kebanyakan senario penggambaran.

RAM – 6GB vs 3GB

Pengoperasian permainan PUBG terasa lebih pantas dengan RAM 6GB berbanding RAM 3GB.

Perkara paling penting yang membezakan antara kedua-dua varian ini sudah tentunya kapasiti RAM yang dua kali ganda lebih besar pada varian tertinggi ZenFone Max Pro (M1). Kapasiti RAM yang lebih besar ini sememangnya sangat diperlukan terutamanya untuk pengguna yang boleh dikategorikan sebagai ‘heavy user’. Selain menjanjikan kelancaran pengoperasian beberapa aplikasi secara serentak, masa yang diambil untuk membuka aplikasi juga terasa lebih cepat.

Storan – 64GB vs 32GB

Sama seperti kapasiti RAM, ruang storan dalaman pada ZenFone Max Pro (M1) varian tertinggi ini juga dua kali ganda lebih besar. Ruang storan yang besar sememangnya sangat penting terutamanya bagi anda yang mementingkan aspek gaming. Ini kerana permainan dengan grafik tinggi kebiasaannya hadir dalam saiz fail yang agak besar. Tidak dinafikan anda masih boleh menggunakan kad microSD tetapi kelancaran pengoperasian aplikasi atau permainan mungkin tidak begitu baik.

 

Hasil Gambar:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend