ASUS ZenFone Max Pro (M1) Bakal Masuk Pasaran Tempatan Pada Pertengahan Mei 2018 Nanti Comments Off on ASUS ZenFone Max Pro (M1) Bakal Masuk Pasaran Tempatan Pada Pertengahan Mei 2018 Nanti

Melalui maklumat yang dikongsikan oleh ASUS Malaysia, model terbaru keluarannya yang baru sahaja dilancarkan untuk pasaran di India dan Indonesia semalam iaitu ASUS ZenFone Max Pro (M1) disahkan akan mula dibawa masuk ke pasaran tempatan bermula pertengahan Mei 2018 nanti.

ASUS ZenFone Max Pro (M1) merupakan siri ZenFone Max yang terkini dengan menawarkan sokongan bateri yang sangat besar iaitu 5000 mAh, dan juga paparan skrin FullView Display 18:9 berukuran 6.0 inci dengan resolusi 2160 x 1080 piksel dalam saiz kerangka yang kompak.

Ia turut dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 636 berasaskan proses 14nm bagi memastikan prestasi terbaik di dalam kelasnya. ZenFone Max Pro (M1) turut menawarkan sokongan storan mencecah sehingga 64GB dengan RAM sehingga 6GB. Aspek penggambarannya juga turut mengikuti trend semasa dengan dwi kamera beresolusi 13 Megapiksel + 5 Megapiksel, dan juga kamera swafoto beresolusi 8 Megapiksel.

Berbeza dengan peranti ASUS yang lain, ZenFone Max Pro (M1) mungkin mampu menarik perhatian lebih ramai pengguna kerana ia tidak  lagi menyokong sentuhan antaramuka ASUS ZenUI. Sebaliknya ia menjanjikan pengalaman pengoperasian antaramuka asli Android 8.1 Oreo.

Buat masa ini ASUS Malaysia masih lagi belum mengumumkan harga jualan untuk model ZenFone Max Pro (M1), tetapi jika dilihat pada harga jualan siri ZenFone Max sebelum ini, ia sudah tentunya dijual pada harga di bawah RM1000.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend