ASUS ZenFone Max Pro M1 Akan Dikuasakan Dengan Qualcomm Snapdragon 636 – Tiada Lagi Antaramuka ZenUI Comments Off on ASUS ZenFone Max Pro M1 Akan Dikuasakan Dengan Qualcomm Snapdragon 636 – Tiada Lagi Antaramuka ZenUI

Antara banyak-banyak model telefon pintar yang diperkenalkan oleh ASUS, siri ZenFone Max merupakan antara model yang sering mendapat perhatian pengguna kerana ia menawarkan bateri dengan kapasiti yang sangat besar. Ini ditambah pula dengan harga jualannya yang boleh dikategorikan sebagai mampu milik.

Dalam diam, ASUS dikatakan akan tampil dengan satu model terbaru dari siri tersebut iaitu ZenFone Max Pro M1 yang telah didedahkan oleh Evan Blass melalui akaun Twitter miliknya. Melalui perkongsian itu, dua keping gambar ZenFone Max Pro M1 telah dikongsikan iaitu dalam warna iaitu biru dan kelabu.

Menurut maklumat yang dikongsikan, ASUS ZenFone Max Pro M1 akan dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 636, menyokong RAM berkapasiti 4GB, dan juga disediakan dengan tiga slot berasingan untuk dua kad SIM serta satu kad microSD. Malah model yang akan dilancarkan tidak lama lagi ini juga dipercayai tidak lagi menyokong antaramuka ZenUI, sebaliknya akan digantikan dengan antaramuka Android yang asli.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend