ASUS ZenFone Max Pro (M1) 64GB + RAM 4GB Kini Mula Dijual Pada Harga RM849 Comments Off on ASUS ZenFone Max Pro (M1) 64GB + RAM 4GB Kini Mula Dijual Pada Harga RM849

Penantian untuk memiliki ASUS ZenFone Max Pro (M1) varian 64GB + RAM 4GB telah berakhir hari ini selepas ASUS Malaysia telah mengumumkan ketersediaan jualan varian baharu ini bermula hari ini. Berbeza dengan varian sebelum ini, ZenFone Max Pro (M1) varian 64GB + RAM 4GB bukan sahaja menawarkan sokongan memori yang lebih besar, tetapi ia juga hadir dengan sokongan kamera yang lebih tinggi resolusinya.

ASUS ZenFone Max Pro (M1) 64GB + RAM 4GB yang dijual pada harga RM849 ini boleh dimiliki melalui kedai rasmi ASUS di Lazada ataupun pengedar rasmi ASUS di seluruh Malaysia.

Spesifikasi:

  • Android 8.1 Oreo (Android asli)
  • Qualcomm Snapdragon 636
  • Tiga slot kad
  • 6.0 inci IPS LCD 18:9, FHD+
  • 64GB + RAM 4GB
  • Kamera utama: 16 Megapiksel + 5 Megapiksel
  • Kamera hadapan: 16 Megapiksel (Softlight LED Flash)
  • 5000 mAh

Baca ulasan >> ASUS ZenFone Max Pro (M1): Mampu Mengubah Persepsi Pengguna Terhadap Siri ZenFone

Tonton video buka kotak >> Video: Buka Kotak ASUS ZenFone Max Pro (M1) – Peranti Mampu Milik Terbaik Di Pasaran?!

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend