ASUS ZenFone Max M2 Mungkin Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 11 Januari 2019 Comments Off on ASUS ZenFone Max M2 Mungkin Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 11 Januari 2019

Melalui perkongsian tweet ASUS Malaysia, pengguna di negara ini mungkin akan menerima satu lagi model terbarunya untuk segmen gaming mampu milik dengan penawaran model ASUS ZenFone Max M2.

Berdasarkan perkongsian tersebut, kami menjangkakan ASUS Malaysia mungkin akan melancarkan model ZenFone Max M2 ini untuk pasaran tempatan bermula minggu depan iaitu pada 11 Januari nanti. Berbeza dengan ZenFone Max Pro M2 yang diperkenalkan pada Disember yang lalu, ZenFone Max M2 tampil dengan sokongan spesifikasi yang sedikit lebih rendah.

Jika dilihat pada rekaan fizikalnya, ASUS ZenFone Max M2 memiliki paparan skrin dengan rekaan takuk yang lebih lebar berbanding ZenFone Max Pro M2. Manakala panel belakangnya pula dilihat masih mengekalkan rekaan sama seperti generasi pertama ZenFone Max Pro M1.

Untuk maklumat lanjut berhubung harga dan juga tarikh ketersediaan ASUS ZenFone Max M2 di Malaysia, nantikan kemas kini daripada kami nanti.

Spesifikasi ASUS ZenFone Max M2:

  • Android 8.1 Oreo dengan antaramuka Android asli
  • Qualcomm Snapdragon 632 (14nm)
  • 3GB + 32GB / 4GB + 64GB (microSD sehingga 2TB)
  • 6.3 inci IPS HD+ (1520 x 720 piksel)
  • Kamera utama: 13MP (f/1.8) + 2MP (Depth sensing)
  • Kamera depan: 8MP (f/2.0)
  • WiFi 802.11n, Bluetooth v4.2, microUSB, bicu audio 3.5mm
  • 4000 mAh (5V2A)
  • Pilihan warna: Midnight Black, Space Blue, Meteor Silver

Baca juga:

Asus ZenFone Max Pro (M2) Dilancarkan Dengan Snapdragon 660, Bateri 5000mAh

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend