ASUS ZenFone Live (L2) Kini Rasmi Dengan Peningkatan Kecil Spesifikasi Dan Warna Lebih Menarik Comments Off on ASUS ZenFone Live (L2) Kini Rasmi Dengan Peningkatan Kecil Spesifikasi Dan Warna Lebih Menarik

Dalam diam-diam, ASUS telah memperkenalkan satu lagi model mampu miliknya iaitu ZenFone Live (L2) yang menampilkan beberapa penambahbaikan spesifikasi berbanding generasi sebelum ini.

ASUS ZenFone Live (L2) dilihat masih ditawarkan dalam dua varian iaitu dengan sokongan ruang storan 16GB dan 32GB, tetapi kedua-dua varian itu telah menyokong kapasiti RAM yang sama iaitu 2GB. Varian tertinggi iaitu 32GB pula telah dikuasakan dengan cipset lapan teras daripada Qualcomm Snapdragon 430 (Adreno 505), manakala varian 16GB pula menyokong cipset empat teras Snapdragon 425.

Dari segi penggambaran pula, varian 32GB hadir dengan lensa 13MP (f/2.0), manakala varian 16GB menyokong lensa 8MP (f/2.0). Untuk kualiti swafoto, kedua-dua varian menyokong lensa 5MP dengan bantuan LED Flash. Spesifikasi lain masih kekal sama iaitu dioperasikan dengan ZenUI 5 (Android 8.0 Oreo) berasaskan platform Android Go Edition, bateri 3000 mAh, skrin 5.5 inci HD+, dan tiga slot kad.

Apa yang menariknya, ASUS ZenFone Live (L2) kini tersedia dalam dua warna cerun yang lebih menarik iaitu Rocket Red dan juga Cosmic Blue. Buat masa ini harga jualan dan ketersediaan peranti ini masih lagi belum didedahkan, tetapi ia mungkin tidak jauh berbeza dengan harga ZenFone Live (L1) yang sebelum ini dijual pada harga RM399.

sumber

Baca juga:

ASUS ZenFone Live (L1) Kini Boleh Dimiliki Pada Harga RM399

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend