ASUS ZenFone Live (L1) Kini Boleh Dimiliki Pada Harga RM399 Comments Off on ASUS ZenFone Live (L1) Kini Boleh Dimiliki Pada Harga RM399

ASUS Malaysia hari ini telah mengumumkan ketersediaan jualan model terbarunya untuk pasaran tempatan dengan kemunculan ZenFone Live (L1) yang menampilkan rekaan paparan skrin moden dengan nisbah 18:9.

ZenFone Live (L1) yang menyokong skrin berukuran 5.5 inci HD+ (1440 x 720 piksel) ini telah dioperasikan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 425, dan juga dioperasikan oleh antaramuka ZenUI 5.0 berasaskan Android Oreo. Ia juga turut menawarkan ruang storan sebesar 16GB, RAM 2GB, kamera utama 13 Megapiksel (f/2.0), kamera hadapan 5 Megapiksel (f/2.4) dan juga bateri berkapasiti 3000 mAh.

Walaupun tidak didatangkan dengan sensor pengimbas cap jari, ZenFone Live (L1) hadir dengan sokongan keselamatan Face Unlock menggunakan bantuan kamera hadapan. Lebih menariknya, ia turut menyokong tiga slot kad berasingan untuk dua kad SIM serta satu kad microSD. Diperkenalkan dalam dua warna pilihan iaitu Shimmer Gold dan Midnight Black, ZenFone Live (L1) akan dijual pada harga RM399, bermula minggu ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend