ASUS ZenFone Ares Dilancarkan Di Taiwan Dengan Sokongan Snapdragon 821 Dan RAM 8GB Comments Off on ASUS ZenFone Ares Dilancarkan Di Taiwan Dengan Sokongan Snapdragon 821 Dan RAM 8GB

Tahun 2018 tetapi mengapa masih menggunakan pemproses Qualcomm Snapdragon 821?! Mungkin itu antara persoalan yang terlintas sebaik sahaja membaca tajuk artikel ini bukan?! Sebenarnya model ASUS ZenFone Ares ini merupakan model yang dijenamakan semula daripada model asalnya iaitu ASUS ZenFone AR yang telah diperkenalkan lebih kurang setahun yang lepas.

Dengan menyokong keupayaan AR (Realiti Tambahan) dan juga VR (Realiti Maya), ZenFone Ares menyokong spesifikasi yang sama seperti ZenFone AR iaitu pemproses Snapdragon 821, RAM 8GB, paparan skrin 5.7 inci Super AMOLED beresolusi 2560 x 1440 piksel, teknologi terbaru Tru2life untuk kualiti paparan yang lebih baik di bawah persekitaran yang terang, dan juga sokongan ruang storan 128GB.

ASIS ZenFone Ares turut menyokong keupayaan penggambaran 23 Megapiksel dengan lensa PixelMaster 3.0, malah ia juga dilihat masih dioperasikan dengan Android Nougat dan juga bateri berkapasiti 3300 mAh dengan sokongan Quick Charge 3.0. Walaupun spesifikasinya tidak jauh berubah, ZenFone Ares kini dijual pada harga yang jauh lebih rendah iaitu hanya TWD9,999 (kira-kira RM1,321) dan ia hanya dijual secara eksklusif di Taiwan sahaja.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend