ASUS ZenFone 6Z Dipercayai Sokong Qualcomm Snapdragon 855 Melalui Pendedahan Di AnTuTu Comments Off on ASUS ZenFone 6Z Dipercayai Sokong Qualcomm Snapdragon 855 Melalui Pendedahan Di AnTuTu

Ketirisan video dan juga imej prototaip ASUS ZenFone 6 sebelum ini telahpun dikongsikan di Internet sejak November 2018 yang lalu, dan sehingga kini masih belum ada sebarang berita mengenai kehadiran peranti mercu terbaharu daripada ASUS itu.

Dalam diam-diam, kini satu lagi telefon pintar yang tampil dengan nama kod ASUS_I01WD telah muncul di dalam pangkalan data ujian penanda aras popular AnTuTu. Merujuk kepada nama kod tersebut, ia telah disahkan sebagai model ASUS ZenFone 6Z kerana sebelum ini nama kod yang sama telah mendapat kelulusan daripada WiFi Alliance dan juga Suruhanjaya Komunikasi Negara di Taiwan.

Berdasarkan perkongsian screenshot yang diterima, ASUS ZenFone 6Z dipercayai akan dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 855. Selain itu ia juga dioperasikan oleh Android 9.0 Pie, RAM berkapasiti 6GB, ruang storan 128GB, dan juga paparan skrin dengan resolusi FHD+ (2340 x 1080 piksel).

Melalui maklumat yang tertiris sebelum ini, ASUS ZenFone 6Z dilaporkan akan menyokong sistem tiga kamera dengan penggunaan lensa utama beresolusi 48MP. Memandangkan buat masa ini masih belum ada desas-desus mengenai tarikh pelancaran peranti ini, adalah lebih selamat untuk kita nantikan pendedahan rasminya nanti.

Baca juga:

Video Dan Imej Sebenar Prototaip ASUS ZenFone 6 Dengan Rekaan Takuk Kecil Di Panel Kanan Skrin Tertiris

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend