ASUS ZenFone 6 Edition 30 Dengan Sokongan 12GB + 512GB Hanya Ditawarkan Dalam 3000 Unit Sahaja Comments Off on ASUS ZenFone 6 Edition 30 Dengan Sokongan 12GB + 512GB Hanya Ditawarkan Dalam 3000 Unit Sahaja 539

ASUS ZenFone 6 sebelum ini telah dilancarkan secara rasmi dengan sokongan spesifikasi berkuasa seperti Qualcomm Snapdragon 855, dwi kamera 48MP dengan rekaan boleh lipat, dan juga bateri berkapasiti 5000 mAh. Menariknya ia juga telah diiktiraf oleh DxOMark sebagai telefon pintar dengan kamera swafoto yang mencatatkan skor tertinggi buat masa ini.

ASUS ZenFone 6 sebelum ini dinobatkan sebagai telefon pintar dengan kamera swafoto terbaik.

Bersempena dengan acara Computex 2019 yang berlangsung di Taiwan, ASUS telah membuat kejutan dengan memperkenalkan edisi istimewa ASUS ZenFone 6 Edition 30. Berbeza dengan ZenFone 6 biasa, edisi istimewa ini hadir dengan sokongan memori yang jauh lebih besar iaitu kapasiti RAM sebesar 8GB, dan juga ruang storan sebesar 512GB.

ASUS ZenFone 6 Edition 30

Rekaan luarannya juga turut memperlihatkan sedikit kelainan dengan kemasan panel belakang kusam (matte) yang turut menawarkan sentuhan cetakan logo ‘Edition 30’ yang timbul. Ditawarkan dalam kuantiti yang sangat terhad iaitu hanya 3000 unit, ASUS ZenFone 6 Edition 30 ini juga didatangkan sekali dengan keistimewaan servis VIP dan juga jaminan waranti sehingga 30 bulan.

Baca juga:

ASUS ZenFone 6 Catat Skor Tertinggi Dalam ‘DxOMark Selfie’ Dengan 98 Mata

ASUS ZenFone 6 Dilancarkan Dengan Snapdragon 855, Kamera Berlipat 48MP, Bateri 5,000mAh

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend