ASUS ZenFone 6 Dilancarkan Dengan Snapdragon 855, Kamera Berlipat 48MP, Bateri 5,000mAh Comments Off on ASUS ZenFone 6 Dilancarkan Dengan Snapdragon 855, Kamera Berlipat 48MP, Bateri 5,000mAh 781

ASUS kali ini menerapkan rekaan kamera berlipat untuk telefon pintar mercu mereka menerusi ZenFone 6. Ia dilancarkan dengan dwi-kamera utama 48MP Sony IMX586 dan 13MP ultra lebar yang mana modul kamera ini akan dilipat keluar 180-darjah apabila kamera swafoto diaktifkan.

ASUS ZenFone 6 atau ZS630KL hadir dengan paparan penuh tanpa takuk berukuran 6.4-inci IPS LCD. Tiada pengimbas cap jari dalam skrin sebaliknya ASUS telah meletakkan sistem biometrik tradisional pada panel belakang. Telefon pintar ini dilindungi Corning Gorilla Glass 6 pada bahagian skrin dan Corning Gorilla Glass biasa pada bahagian belakang. Sementara kerangka pula diperbuat daripada aluminium siri-6000.

Telefon pintar ini dikuasakan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 855 disamping memori sehingga 8GB RAM dan storan sehingga 256GB UFS 2.1. Tiada slot hibrid disertakan kerana peranti ini menyediakan tiga slot untuk dua kad SIM dan satu kad microSD.

Bateri yang dimuatkan pula adalah berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W. Kepala pengecas ini dikatakan mampu menyalurkan kuasa berterusan untuk mempercepatkan proses mengecas untuk tempoh yang lama. Fungsi pengecasan tanpa wayar tidak terdapat pada ZenFone 6 ini kerana menurut ASUS ia boleh memendekkan jangka hayat bateri.

Daripada segi perisian, telefon pintar ini dijana ZenUI 6 berasaskan Android Pie malah antaramuka terbaru ini juga dilihat lebih bersih seperti antaramuka Android asli. Pihak ASUS telah menjanjikan kemas kini Android 10 Q kepada bakal pengguna peranti ini selain sekurang-kurangnya dua tahun tampalan keselamatan akan diberikan.

Berbalik kepada kamera, ZenFone 6 berupaya merakam video berdefinasi tinggi 4K pada 60fps melalui penstabilan imej elektronik walaupun ketika berswafoto. Dengan lensa ultra lebar seluas 125-darjah, ASUS juga telah meletakkan teknologi HDR+ dan mod malam bagi meningkatkan kualiti imej. Ini sekaligus dapat memberikan pengguna gambar swafoto yang lebih terang walaupun berada dalam persekitaran gelap.

ASUS ZenFone 6 akan diperkenalkan buat kali pertama ke pasaran Eropah dengan tanda harga sekitar €500 (~RM2,333). Ia juga akan tersedia di laman rasmi asus.com bermula 23 Mei 2019.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend