ASUS ZenFone 5z Varian 256GB + RAM 8GB Pula Tertiris Di Lazada, Dijual Pada Harga RM2,299 Comments Off on ASUS ZenFone 5z Varian 256GB + RAM 8GB Pula Tertiris Di Lazada, Dijual Pada Harga RM2,299

Semalam kami telah mendedahkan ketirisan harga jualan ASUS ZenFone 5z varian 128GB + RAM 6GB yang akan dijual pada harga RM1,899. Hari ini satu lagi varian ASUS ZenFone 5z dengan sokongan kapasiti memori yang lebih besar iaitu 256GB + RAM 8GB pula tertiris di laman e-dagang Lazada.

Dengan sokongan spesifikasi yang sama seperti varian yang tertiris sebelum ini, ASUS ZenFone 5z varian tertinggi ini telah dijual pada harga RM2,299. Walaupun mencapai tanda harga melebihi RM2,000, ia merupakan peranti flagship dengan sokongan Qualcomm Snapdragon 845 yang paling murah boleh anda miliki di pasaran jika dibandingkan dengan pesaingnya yang lain.

Setakat ini ASUS Malaysia masih lagi belum mengumumkan tarikh pelancaran rasmi untuk model ZenFone 5z. Tetapi dengan ketirisan harga jualan di Lazada, ia memberikan petanda awal kemunculan model ini untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend