ASUS ZenFone 5z: Peranti Induk Paling Berbaloi Untuk Dimiliki Setakat Ini Comments Off on ASUS ZenFone 5z: Peranti Induk Paling Berbaloi Untuk Dimiliki Setakat Ini 1167

Tahun ini merupakan tahun yang positif buat ASUS apabila mereka kembali bangkit dengan memperkenalkan berberapa model telefon pintar terbaharu antaranya ZenFone Max Pro (M1), ZenFone 5, dan ZenFone 5z. Banyak perubahan yang telah dilakukan pada tahun ini. Ia berikutan maklum balas daripada pengguna sebelum ini yang mahukan perubahan pada telefon pintar ASUS.

Jadi, pada kali ini TeknoRatz akan membuat ulasan pada model teratas iaitu ZenFone 5z. Apakah perbezaan antara ZenFone 5 dan ZenFone 5z ialah spesifikasinya. ZenFone 5 berada di kelompok kelas pertengahan sementara ZenFone 5z berada di kelompok yang teratas. Bercerita lanjut mengenai ZenFone 5z, ia merupakan sebuah telefon pintar pertama keluaran ASUS yang menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon siri-800. Selain itu juga, ia hadir dengan ciri-ciri menarik seperti rupa luaran yang premium, skrin bertakuk, dwi kamera, memori besar, dan beberapa ciri lain lagi.

Baca juga: ASUS ZenFone Max Pro (M1): Mampu Mengubah Persepsi Pengguna Terhadap Siri ZenFone

Perbandingan

Set Pembelian

1. Kotak pembungkusan 2. Peranti 3. Sarung pelindung 4. Kabel 5. Fon telinga 6. Eartip 7. Manual 8. Adapter 9. Pin ejektor

Sebaik anda membeli ZenFone 5z, kotak yang akan anda dapat ialah berwarna biru gelap dengan tulisan berwarna emas. Adapter kuasa pula menyokong pengecasan pantas sehingga 18W atau bersamaan dengan 9V/2A. Ia didatangkan sekali dengan sarung pelindung getah berwarna jernih.

Rupa Fizikal

Tubuh badan ZenFone 5z dibina dengan bahan berasaskan logam disamping panel menggunakan gelas. Beratnya yang sederhana turut menawarkan efek trademark pantulan cahaya bercorak pusar di sebelah belakang. Ya, jika anda perasan rupa telefon ini mirip seperti model dibawahnya, ZenFone 5. Tiada perbezaan antara kedua-dua model ini dan kami difahamkan ASUS hanya meletakkan jurang antara dua peranti ini dengan perkakasan dalaman yang berbeza.

sisi kanan (gambar atas) dan sisi kiri kerangka

Butang suara dan butang kunci diletakkan sebaris di sebelah sisi kanan kerangka. Feel yang mantap tiada isu yang kami nak utarakan. Slot yang wajib pula ada terletak di sebelah kiri kerangka badan.

Seperti biasa, bicu USB Type-C terletak di sebelah bawah bersama-sama speaker audio dan bicu audio. Ya, bicu audio masih disediakan bagi anda yang gemar mendengar lagu menggunakan fon telinga. Kertas spesifikasi menunjukkan bicu audio ini menyokong audio berteknologi DTS Headphone X untuk pengalaman muzik yang lebih baik.

Di bahagian kamera utama pula, modul kamera ini direka secara menegak serta terkeluar daripada panel gelas. Jadi, permukaan belakang tidaklah rata dan bagi kami ia masih kelihatan normal dan tidak janggal. Selain itu, pengimbas cap jari yang menjadi pusat kepada efek berpusar dibina sebaris dengan lampu LED flash.

Paparan

Bahagian ini menjadi faktor penting dalam pemilihan telefon pintar, tipu lah kalau anda tengok skrin tak cantik anda nak beli telefon tu. Jadi, pada ZenFone 5z ia memiliki paparan bertakuk dengan resolusi FHD+ yang menyokong DCI-P3 (gamut warna). Apa yang menjadi kelebihan pada skrin takuk di telefon ini ialah ia hadir dengan nisbah skrin-ke-kerangka yang tinggi mencecah 90%, atau erti kata lain ruang bezel lebih nipis. Cuma ia tidaklah penuh sehingga ke lantai skrin, jadi di bahagian bawah terdapat sedikit ruang dagu. Walaubagaimanapun, itu tidak mencacatkan rupa fizikal ZenFone 5z.

Bagi kami, dimensi dan skrin yang dihasilkan oleh ASUS memang sedap mata memandang kerana ia tidak terlalu memanjang ke bawah seperti sesetengah telefon di pasaran. Bezel di sisi dan atas yang disusun sekata menjadikan panel depan kelihatan seimbang.

Ok.. rehatkan mata dulu

Jom sambung..

Keupayaan Dalaman

Kami tahu anda diluar sana suka akan telefon yang menggunakan pemproses diperbuat daripada Qualcomm. Tidak dinafikan prestasi pada chipset Snapdragon telah terbukti lebih baik dalam ujian benchmark yang dilakukan. Kuasa yang disalurkan juga tidak mudah menghasilkan haba seperti chipset keluaran Intel seperti model ZenFone yang terdahulu.

Ujian menunjukkan skor ZenFone 5z di AnTuTu lebih tinggi berbanding telefon pintar hebat lain
Begitu juga skor di Geekbench. Peranti Samsung dan Google ketinggalan di belakang

Jadi, kepada anda yang masih tercari-cari telefon pintar yang paling berkuasa setakat ini, ZenFone 5z ada jawapannya. Dijana melalui Qualcomm Snapdragon 845, peranti ini turut ditemani kapasiti memori yang besar. Bermula dengan 6GB RAM, anda boleh dapatkan ZenFone 5z dengan varian tertinggi sehingga 8GB RAM. Manakala untuk storan, peranti ini menyediakan ruang sehingga 256GB.

Bagi kami telefon ini sangat sesuai untuk dijadikan platfom bermain game kerana spesifikasi dalamannya yang sangat berkuasa setakat ini berbanding peranti ASUS yang lain.

Storan Tambahan

Ada juga diantara anda merasakan 256GB masih tidak mencukupi. Jangan risau kerana ZenFone 5z menyediakan slot kad memori sehingga 512GB. Tapi, kami rasa belum sempat storan 256GB dipenuhkan, anda sudah bertukar ke telefon pintar lain.

Dwi Kamera AI

Kami rasa ramai yang dah tahu apa itu AI. Ia merupakan teknologi yang menggunakan kecerdasan buatan untuk mengenal pasti persekitaran dan melaras gambar menjadi lebih cantik apabila butang shutter ditekan. Untuk itu, ASUS telah meletakkan ZenFone 5z dengan dwi kamera AI yang mampu merakam gambar kemas seperti gambar pemandangan, potret, dan swafoto dengan kesan Beauty mengikut masa sebenar.

Antaramuka kamera yang menawarkan beberapa ciri selain menyokong video berkualiti sehingga 4K

Sementara untuk sensor kamera yang kedua, ia menawarkan lensa sudut lebar 120-darjah. Bukan telefoto untuk zum-mengezum, tapi ia lebih fokus kepada anda yang gemarkan gambar bersudut luas. Sensor kamera utama dikuasakan teknologi 4-paksi, 4-henti mampu merakam gambar dengan lebih stabil selain teknologi 3-paksi elektronik berupaya mengurangkan gegaran sewaktu rakaman video diambil. Kelajuan sensor dwi piksel autofokus pada peranti ini juga telah dinobatkan sebagai yang terpantas didunia dengan rekod sepantas 0.03 saat. Ya, selepas diberitahu kami pun agak kagum dengan kebolehannya.

Info menarik: ASUS ZenFone 5z telah disenaraikan di carta DxOMark dengan markah skor sebanyak 93 untuk fotografi selepas Apple iPhone 8.

Kamera Swafoto

ZenFone 5z ada aplikasi khas dinamakan Selfie Master. Dalam tu ada beberapa kategori yang boleh dipilih antaranya Camera, BeautyLive, Collage, Slideshow, ZeniMoji

Swafoto pula ZenFone 5z dibekalkan dengan sensor 8MP dengan ciri Beautification. Ciri ini menawarkan lima pilihan yang boleh dipilih untuk dilaraskan mengikut kesukaan anda. Pada pandangan kami pilihan sebanyak ini tidak banyak ditawarkan pada peranti di luar sana. Jadi, bagi kami yang tidak begitu taksub dengan swafoto, ciri ini sudah lebih daripada memadai.

Antaramuka

ZenUI 5.0

ZenFone 5z yang dikuasakan Android 8.0 Oreo juga didatangkan sekali dengan antaramuka ZenUI 5.0. Antaramuka ini kini direka lebih kemas dan mudah diuruskan tanpa bloatware (aplikasi yang tidak diperlukan) sekaligus mesra kepada pengguna.

ZenFone 5z sarat dengan ciri AI

Ciri AI Boost seperti contoh, ia boleh diaktifkan sewaktu melakukan ujian benchmark bagi mendapatkan markah skor yang tinggi. Ciri AI yang lain juga diperluaskan ke bahagian lain antaranya nada bunyi, skrin nyalaan pintar, apps dicadangkan, dan proses pengecasan. Misalnya, anda ingin tidur malam tetapi ingin mengecas telefon pintar, ciri AI Charging akan melindungi bateri daripada panas melalui pembelajaran pengecasan dengan melaras kadar kuasa yang masuk.

Bateri

Proses mengecas mengambil masa yang singkat

Walaupun didatangkan dengan badan yang besar, bateri pada peranti ini tak sebaik yang disangka. Dijana menerusi bateri sebesar 3,300mAh, ia mampu bertahan sepanjang hari. Proses pengecasan yang pantas hanya mengambil masa selama 1 jam 30 minit atau bersamaan dengan 90 minit.

Hasil Gambar

Pendapat TeknoRatz

Bagi kami dengan harga yang bermula RM1,899, ia sememangnya telefon pintar induk paling mampu milik setakat ini. Ingat ya, cipset yang digunakan ialah Snapdragon 845, RAM 6GB! Jika Xiaomi ada Mi MIX 2S, ia sebenarnya lebih mahal walaupun spesifikasi yang ditawarkan hampir sama. Kami berpendapat, kalau-kalau anda diluar sana mencari telefon yang berprestasi tinggi tetapi mahukan penjimatan, apa salahnya jadikan ZenFone 5z sebagai wish list.

Oh ya, lagi satu apa yang paling menarik minat kami tentang ZenFone 5z ini ialah sistem audio-nya. Jujur kami katakan, setakat ini speaker stereo ini adalah yang terbaik pernah kami dengar untuk telefon pintar dalam kelasnya. Bunyi bass yang cukup mantap, bunyi treble juga sangat tajam. Bila kuatkan speaker ke tahap paling maksimum kami rasa seolah-olah telefon ini ada power amp. Bergegar tangan dibuatnya. Sudah tentulah pengalaman hiburan yang kami dapat sangat mengasyikan. Hehe..

Kelebihan ♥

  • rekaan panel depan yang seimbang

  • sentuhan reka bentuk premium

  • skrin paparan jelas dan tajam

  • tubuh badan yang ringan

  • panel gelas 2.5D yang dilindungi Corning Gorilla Glass

  • kemasaan warna yang menarik

  • mod swafoto yang berbagai

  • kamera autofokus yang sangat pantas

  • pengecasan yang pantas

  • sistem operasi yang terkini

  • kepantasan dalam aktiviti multi-tasking

Kekurangan

  • Tiada pengecasan tanpa wayar

  • Bukan kalis air dan debu

  • Gunakan slot hibrid dan bukan slot kad berasingan

  • Didatangkan dengan dua pilihan warna sahaja

  • Bateri berkapasiti kecil

  • Tiada IR Blaster (alat kawalan)

 

Baca juga:

ASUS ZenFone 5z Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Tawaran Eksklusif Hanya RM1,699 Di Lazada Pada 31 Julai 2018

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend