ASUS ZenFone 5z Disahkan Akan Dijual Pada Harga RM1,899 Di Malaysia Comments Off on ASUS ZenFone 5z Disahkan Akan Dijual Pada Harga RM1,899 Di Malaysia

Walaupun model flagship ASUS ZenFone 5z masih belum dilancarkan secara rasmi di Malaysia, hari ini harga jualan rasmi untuk model yang dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845 itu sudahpun mula tertiris di laman e-dagang popular iaitu Lazada.

ASUS ZenFone 5z telah disahkan akan dijual pada harga RM1,899 kerana ketirisan harga ini telah dikongsikan sendiri oleh kedai rasmi ASUS di Lazada. Dengan harga jualan di bawah RM2,000, ASUS ZenFone 5z boleh dianggap flagship paling mampu milik yang boleh diperolehi di pasaran buat masa ini.

Spesifikasi ASUS ZenFone 5z:

  • Qualcomm Snapdragon 845
  • Android Oreo (ASUS ZenUI 5.0)
  • 128GB + RAM 6GB
  • 6.2 inci Super IPS+ FHD+ (19:9)
  • Kamera utama: 12 Megapiksel + 8 Megapiksel
  • Kamera hadapan: 8 Megapiksel
  • Bateri 3300 mAh (BoostMaster & AI Charging)

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend