ASUS ZenFone 5z Dan ZenFone Max Pro M1 Terima Diskaun Sehingga RM200 Sempena Kempen 9.9 Lazada Comments Off on ASUS ZenFone 5z Dan ZenFone Max Pro M1 Terima Diskaun Sehingga RM200 Sempena Kempen 9.9 Lazada

Bersempena dengan kempen 9.9 yang dianjurkan oleh Lazada pada 9 September (Ahad) ini, ASUS Malaysia telah menjanjikan tawaran menarik untuk pengguna yang ingin memiliki dua model terbaru keluarannya. Untuk tempoh terhad (1 hari), pengguna boleh mendapatkan diskaun sehingga RM250 dengan setiap pembelian ZenFone 5z dan juga ZenFone Max Pro M1 di Lazada.

Pada hari promosi tersebut, ASUS ZenFone 5z (6GB + 128GB) yang sebelum ini dijual pada harga RM1,899 boleh dibeli pada harga hanya RM1,699 sahaja. Lebih istimewanya, setiap pembelian model ini akan turut didatangkan dengan Lazada Care Plus yang menawarkan pakej perlindungan tambahan. Ini termasuklah lanjutan jaminan waranti selama 1 tahun dan juga perlindungan kerosakan kemalangan selama 1 tahun.

ASUS ZenFone Max Pro M1 (6GB + 64GB) juga akan turut menerima potongan harga sebanyak RM100, menjadikan harga beliannya hanya RM899 (harga asal RM999). Pembeli bertuah juga boleh akan berpeluang menerima baucar tunai sebanyak RM50 dengan setiap pembelian peranti ini dan ia ditawarkan dalam kuantiti yang terhad.

Nikmati diskaun sempena kempen 9.9 di Lazada:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend