ASUS ZenFone 5 Max Muncul Di Geekbench Dengan Sokongan Android Pie, Snapdragon 660 Dan 4GB RAM Comments Off on ASUS ZenFone 5 Max Muncul Di Geekbench Dengan Sokongan Android Pie, Snapdragon 660 Dan 4GB RAM

Kemunculan ASUS ZenFone 5 Max di dalam pangkalan data Geekbench bukanlah sesuatu yang baru kerana ia pernah membuat kemunculan pertamanya pada bulan Mac yang lalu. Namun pada itu ia masih lagi dioperasikan dengan platform Android 8.0 Oreo, dan selepas itu tiada sebarang berita mengenainya diperkatakan di Internet.

Hari ini sekali lagi ASUS ZenFone 5 Max telah membuat kemunculan terbarunya di pangkalan data penanda aras tersebut dengan pembaharuan pada sokongan versi Android yang disokongnya. Sama seperti sebelum ini,  ia masih mengekalkan sokongan pemproses Snapdragon 660 dan juga 4GB RAM.

ASUS ZenFone 4 Max

Apa yang berbeza pada kali ini adalah sokongan versi Android 9.0 Pie yang menjanjikan fungsi serta ciri yang lebih menarik. Walaupun tiada sebarang maklumat lain didedahkan, ASUS ZenFone 5 Max berkemungkinan besar akan menampilkan rekaan skrin penuh, serta memfokuskan kepada kapasiti bateri yang besar dan juga keupayaan penggambaran (terutamanya swafoto) sama seperti ZenFone 4 Max.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend