ASUS ZenFone 5 Kini Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Harga RM1,299 Comments Off on ASUS ZenFone 5 Kini Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Harga RM1,299

Hari ini ASUS Malaysia telah melancarkan model flagship terbaru keluarannya dengan kehadiran ASUS ZenFone 5 untuk pasaran tempatan. Menampilkan rekaan skrin bertakuk, ZenFone 5 akan dijual pada harga RM1,299 bermula 4 Jun 2018 nanti.

ASUS ZenFone 5 yang tampil dengan paparan skrin berukuran 6.2 inci FHD+ ini sememangnya kelihatan menonjol kerana ia menyokong nisbah skrin-ke-kerangka mencecah sehingga 90%. Kombinasi antaramuka ASUS ZenUI 5.0 berasaskan Android Oreo dengan pemproses berkeupayaan AI dari Qualcomm Snapdragon 636 dan juga ASUS AI Boost, ia berupaya memastikan prestasi yang terbaik di dalam kelasnya.

Keupayaan penggambarannya juga telah diperhebatkan oleh dua buah lensa 12 Megapiksel dengan aperture f/1.8 dengan sentuhan AI bagi membolehkannya untuk mengenal pasti 16 subjek atau persekitaran berbeza. Apa yang lebih istimewa, lensa kedua bukan sahaja boleh digunakan untuk mendapatkan efek bokeh, tetapi ia juga berupaya mengambil gambar dengan sudut yang lebih luas mencecah sehingga 120°.

Dilengkapi dengan storan 64GB, RAM berkapasiti 4GB, sokongan tiga slot kad berasingan, dan juga bateri 3300 mAh dengan teknologi pengecasan pantas AI, ASUS ZenFone 5 ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Midnight Blue dan juga Meteor Silver.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend