ASUS ZenFone 4 Selfie Akhirnya Menerima Kemas Kini Android 8.1 Oreo Dengan Antaramuka ZenUI 5.0 Comments Off on ASUS ZenFone 4 Selfie Akhirnya Menerima Kemas Kini Android 8.1 Oreo Dengan Antaramuka ZenUI 5.0

Diperkenalkan pada tahun lepas, pemilik ASUS ZenFone 4 Selfie yang sebelum ini dioperasikan dengan Android 7.0 Nougat telah dilaporkan mula menerima kemas kini baharu versi Android 8.1 Oreo. Perkara ini telah disahkan sendiri ASUS melalui forum rasmi ASUS ZenTalk baru-baru ini.

Bermula semalam pemilik ASUS ZenFone 4 Selfie dengan nombor model ZD553KL dan ZB553KL, masing-masing telah menerima versi kemas kini 15.0400.1809.405 secara OTA (Over-the-Air). Selain hadir dengan sokongan Android 8.1 Oreo, kedua-dua model ini juga akan turut menerima antaramuka baharu iaitu ASUS ZenUI 5.0.

Bagi yang memiliki model ini, anda sudah boleh memuat turun kemas kini baharu itu dengan mengakses menu Settings → About → System Update.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend