ASUS ZenBook S13 (UX392) Diumumkan Sebagai Komputer Riba Dengan Bezel Ternipis Di Dunia Comments Off on ASUS ZenBook S13 (UX392) Diumumkan Sebagai Komputer Riba Dengan Bezel Ternipis Di Dunia

Bersempena acara CES 2019, ASUS telah mengumumkan penawaran sebuah komputer riba terbaharunya daripada siri ZenBook dengan kehadiran model ZenBook S13 (UX392). Menggabungkan antara kombinasi rekaan elegan dan juga spesifikasi yang berprestas, ia turut menjanjikan ciri-ciri mudah alih yang terbaik di dalam kelasnya.

Hadir dengan paparan skrin FHD berukuran 13.9 inci, ZenBook S13 menawarkan rekaan paparan NanoEdge yang diiktiraf sebagai komputer riba dengan saiz bezel ternipis di dunia. Memiliki saiz bezel hanya 2.5mm, ia berupaya menyokong nisbah skrin-ke-kerangka mencecah sehingga 97%.

ZenBook S13 turut tersedia dengan spesifikasi yang berkuasa melalui sokongan pemroses Intel Core i7 generasi ke-8, unit grafik NVIDIA GeForce MX150, storan PCIe x4 SSD sebesar 1TB, RAM sehingga 16GB dan juga bateri 50Wh yang mampu menawarkan masa penggunaan sehingga 15 jam.

Buat masa ini harga jualan dan ketersediaan ASUS ZenBook S13 (UX392) masih lagi belum diumumkan secara rasmi.

Spesifikasi ASUS ZenBook S13 (UX392):

  • Windows 10 Pro / Windows 10 Home
  • Intel Core i7-8565U / Intel Core i5-8265U (Generasi ke-8)
  • NVIDIA GeForce MX150
  • sehingga 1TB PCIe 3.0 x4 SSD
  • 16GB RAM LPDDR3 2133MHz
  • 13.9 inci LED-backlit IPS FHD (1920 x 1080 piksel)
  • Bezel 2.5mm dengan nisbah skrin-ke-kerangka 97%, 100% sRGB, 400 nits
  • 802.11ac, Bluetooth 5.0
  • HD Webcam
  • 2x USB-C 3.1 Gen 2, 1x USB-A 3.1 Gen 2, 1x microSD, 1x audio combo jack
  • Speaker stereo dengan ASUS SonicMaster Premium dan Harman Kardon
  • Pad sentuh dengan sensor pengimbas cap jari
  • 50Wh Lithium-polymer
  • 12.9 x 316 x 195mm / 1.1kg
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend