ASUS ZenBook 13 (UX333) Dengan Bezel Nipis Kini Ditawarkan Dalam Warna Baharu – Burgundy Red Comments Off on ASUS ZenBook 13 (UX333) Dengan Bezel Nipis Kini Ditawarkan Dalam Warna Baharu – Burgundy Red

ASUS Malaysia sebelum ini telahpun melancarkan komputer riba terbaharunya dengan sokongan bezel nipis yang dikenali sebagai ‘Nano Edge’ melalui penawaran model ZenBook 13 (UX333) awal tahun 2019 yang lalu. Namun begitu sebelum ini ia hanya tersedia dalam dua warna pilihan sahaja iaitu Royal Blue dan juga Icicle Silver.

Kini anda boleh memiliki ZenBook 13 dalam satu lagi warna baharu iaitu Burgundy Red yang tampil lebih elegan. Sama seperti pilihan warna yang lain, ia menjanjikan sokongan spesifikasi berkuasa dalam rekaan yang sangat kompak. Dengan berat hanya 1.19kg, komputer riba 13.3 inci ini sememangnya tahan lasak melalui pengiktirafan gred ketenteraan.

Selain itu ia juga turut menampilkan rekaan skrin jenis Nano Edge dengan bezel nipis, pad sesentuh dengan sokongan pad nombor dengan input kapasitif, dan juga memiliki rekaan engsel yang sangat ergonomik. ASUS ZenBook 13 (UX333) dengan pemproses Intel Core i5 (8th Gen) boleh dimiliki pada harga RM4,499, manakala untuk versi Intel Core i7 (8th Gen) pula berharga RM4,999.

Spesifikasi:

  • Windows 10 Home
  • Intel Core i5 (8th Gen) / Intel Core i7 (8th Gen)
  • 1.8GHz quad-core with Turbo Boost (up to 4.6GHz) & 8MB cache
  • NVIDIA GeForce MX150 (2GB GDDR5 VRAM)
  • 13.3 inci LED-backlit FHD (1920 x 1080 piksel)
  • up to 8GB 2133MHz LPDDR3 on board
  • 512GB PCIe 3.0 x2 SSD
  • 1x USB-C 3.1 Gen 2, 1x USB-A 3.1, 1x USB-A 2.0, 1x HDMI, 1x microSD reader
  • ASUS SonicMaster Stereo (Harman Kardon)
  • 3D IR HD camera
  • WiFi 802.11ac, Bluetooth 5.0
  • 50Wh 3-cell lithium-polymer (65W power adapter)
  • 30.2 x 18.9 x 1.69cm / 1.19kg

→ Beli ASUS ZenBook 13 (UX333) di Lazada!

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend