ASUS X Lazada 11.11 Menjanjikan Diskaun Untuk Telefon Pintar, Komputer Riba Dan Aksesori – Harga Bermula RM59 0 524

November merupakan antara bulan yang paling dinanti-nantikan kerana tarikh keramat 11 November menjanjikan pelbagai tawaran menarik dengan diskaun yang tidak masuk akal. ASUS Malaysia turut tidak ketinggalan apabila mengumumkan kempen ‘ASUS X Lazada 11.11’ yang menjanjikan diskaun sehingga RM1,022 untuk produk terpilih.

Tawaran Tempoh Terhad (12am hingga 2am):

ASUS ROG Phone Set Edisi Terhad

Telefon pintar gaming terbaik di pasaran iaitu ASUS ROG Phone kini boleh dimiliki dalam set edisi terhad yang dijual pada harga RM6,999 berbanding harga asalnya iaitu RM7,942, iaitu diskaun sebanyak RM943. Selain menerima varian tertinggi ASUS ROG Phone dengan memori 8GB + 512GB (RM3,999), pembeli akan turut menerima aksesori penuh Gear Up! berharga RM3,943 seperti berikut:

ASUS ZenFone Max Pro M1  (6GB + 64GB)

Kini anda boleh mendapatkan penjimatan sebanya RM50 untuk memiliki ZenFone Max Pro M1 varian 6GB + 64GB iaitu pada harga RM849 berbanding harga asalnya iaitu RM899. Peranti ini dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 636, ketahanan sehingga 2 hari dengan bateri 5000 mAh, dwi kamera 16MP + 5MP dengan efek bokeh, dan juga teknologi audio MaxBox Volume Booster.

ASUS ZenPower Pro 10050 mAh

Bagi anda yang mencari aksesori powerbank, kini ASUS ZenPower 10050 mAh boleh dimiliki pada harga hanya RM59 berbanding harga asal RM199. Powerbank yang menyokong dua port USB ini turut dilengkapi dengan lampu suluh LED terbina-dalam yang sangat terang. Proses mengecas juga terasa cepat dengan sokongan output 18W daripada Quick Charge 2.0.

Komputer Riba

Komputer riba yang memfokuskan aspek gaming iaitu ROG Zephyrus M (GM501G) berharga RM8,799 kini boleh dimiliki pada harga promosi hanya RM7,777, manakala ROG Strix Scar Edition GL703G sudah boleh dimiliki pada harga RM4,699 berbanding harga asal RM4,999.

Bagi komputer riba yang memfokuskan aspek praktikaliti pula, ASUS VivoBook S430 ditawarkan pada harga RM2,949 (harga asal RM3,199), dan ASUS VivoBook A411U pula dijual pada harga RM2,259 (harga asal RM2,499).

Tawaran Sepanjang Hari Pada 11 November:

*Klik pada pautan (berwarna biru) untuk membelinya terus di Lazada pada 11 November dengan diskaun hebat.

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend