ASUS VivoBook Ultra K403 Dengan Ketahanan Bateri 24 Jam Kini Rasmi, Harga Bermula Daripada RM2,699 Comments Off on ASUS VivoBook Ultra K403 Dengan Ketahanan Bateri 24 Jam Kini Rasmi, Harga Bermula Daripada RM2,699 626

ASUS Malaysia kini telahpun melancarkan komputer riba terbaharunya dengan kemunculan model VivoBook Ultra K403 yang disasarkan untuk pengguna yang kekal produktif. Dengan paparan skrin berukuran 14 inci, ia hadir dalam rekaan kerangka kompak yang menjanjikan ciri ketahanan yang lebih baik melalui pengiktirafan piawaian ketenteraan MIL-STD 810G.

Memiliki nisbah skrin-ke-kerangka mencecah 87%, VivoBook Ultra K403 memiliki saiz bezel yang sangat nipis iaitu hanya berukuran 4.1mm yang dikenali sebagai paparan NanoEdge. Apa yang lebih istimewanya, ia juga turut didatangkan dengan bateri 4-cell 72Wh yang mampu menjanjikan ketahanan bateri sehingga 24 jam dengan satu cas penuh.

Walaupun tampil dalam rekaan kerangka yang diperbuat daripada logam, VivoBook Ultra K403 mudah untuk dibawa ke mana sahaja anda pergi kerana ia hanya memiliki ketebalan hanya 16.5mm dengan berat sekitar 1.3kg sahaja. Terdapat dua warna pilihan boleh anda pilih iaitu Petal Pink dan juga Silver Blue.

ASUS VivoBook Ultra K403 sudahpun mula dijual bermula 12 Jun 2019, dan ia boleh dimiliki dalam dua varian berbeza iaitu Intel Core i3 yang dijual pada harga RM2,699 atau Intel Core i5 yang ditawarkan pada harga RM3,399.

Spesifikasi VivoBook Ultra K403:

  • 8th Gen Intel Core i3-8145U / Core i5-8265U
  • Intel HD Graphics 620
  • Windows 10 Home
  • 14 inci NanoEdge Display FHD (1920 x 1080 piksel)
  • 8GB LPDDR3 2133MHz
  • 512GB PCIe SSD Gen3 x2
  • Dual-band WiFi 5 (802.11ac)
  • Bluetooth v4.2 / 5.0
  • 1x USB 3.1 Gen 1 Type-C
  • 1x USB 3.1 Gen 1 Type-A
  • 1x USB 2.0 Type-A
  • 1x Audio combo jack
  • 1x HDMI 1.4
  • 1x SD card reader
  • 1x DC jack
  • 2x stereo speaker
  • 72Wh Lithium Polymer battery (4-cell)
  • 322.86 x 208.48 x 16.5mm / 1.3kg

Baca juga:

[Ulasan] ASUS VivoBook Ultra K403, Ketahanan Bateri Sehingga 24 Jam Dengan Hanya Satu Cas!

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend