ASUS VivoBook Ultra A412 Dan A512 Dengan Intel Core i5 Dan NVIDIA GeForce Turut Dilancarkan Pada Harga RM2,899 Comments Off on ASUS VivoBook Ultra A412 Dan A512 Dengan Intel Core i5 Dan NVIDIA GeForce Turut Dilancarkan Pada Harga RM2,899 538

Serentak dengan majlis pelancaran ASUS VivoBook Ultra K403, ASUS Malaysia turut memperkenalkan dua lagi model dari siri yang sama iaitu dengan penawaran VivoBook Ultra A412 dan juga VivoBook Ultra A512 untuk pasaran tempatan. Sama seperti VivoBook Ultra K403, kedua-dua model ini turut menampilkan rekaan kompak dengan sokongan paparan NanoEdge.

Dikuasakan dengan pemproses Intel Core i5 generasi ke-8, VivoBook Ultra A412 dan A512 telah dilengkapi dengan NVIDIA GeForce MX250 yang menjanjikan grafik yang lebih berkualiti. Dinobatkan sebagai komputer riba 14 inci dan 15 inci berwarna paling kompak di dunia, kedua-dua model ini turut menyokong rekaan engsel ergonomik yang dikenali sebagai ErgoLift untuk keselesaan ketika menaip.

Menyokong paparan skrin 14 inci (VivoBook Ultra A412) dan 15.6 inci (VivoBook Ultra A512), saiz bezel senipis 5.7mm dengan masing-masing mencatatkan nisbah skrin-ke-kerangka sehingga 87% dan 88%. Sokongan bateri 37Wh 2-cell Lithium Polymer, ia turut dilengkapi dengan teknologi pengecasan pantas yang mampu mengecas 60% dalam masa 49 minit sahaja.

ASUS VivoBook Ultra A412 dan A512 tersedia dalam empat warna menarik iaitu Transparent Silver, Slate Grey, Peacock Blue dan juga Coral Crush. Kedua-dua model ini dijual pada harga RM2,899 dan sudah boleh dimiliki bermula hari ini di seluruh negara.

Spesifikasi ASUS VivoBook Ultra A412/A512:

  • 8th gen Intel Core i5-8265U (A412) / i5-8250U (A512)
  • NVIDIA GeForce MX 250
  • Windows 10 Homev
  • 14 inci / 15.6 inci NanoEdge Display FHD (1920 x 1080 piksel)
  • sehingga 16GB DDR4 2400MHz
  • 512GB PCIe SSD
  • Dual-band WiFi 5 (802.11ac)
  • Bluetooth v4.2
  • 1x USB 3.1 Gen 1 Type-C
  • 1x USB 3.1 Gen 1 Type-A
  • 1x USB 2.0 Type-A
  • 1x Audio combo jack
  • 1x HDMI 1.4
  • 1x SD card reader
  • 2x stereo speaker
  • 37Wh Lithium Polymer battery (2-cell)
  • 322.4 x 212.7 x 19.5mm (A412) / 357.2 x 230.4 x 19.5mm (A512)
  • 1.5kg (A412) / 1.6kg (A512)

Baca juga:

ASUS VivoBook Ultra K403 Dengan Ketahanan Bateri 24 Jam Kini Rasmi, Harga Bermula Daripada RM2,699

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend