ASUS TUF Gaming FX505/FX705 Diperkenalkan Dengan AMD Ryzen 7 dan GeForce GTX 1660 Ti Comments Off on ASUS TUF Gaming FX505/FX705 Diperkenalkan Dengan AMD Ryzen 7 dan GeForce GTX 1660 Ti 409

Hari ini ASUS telah mengumumkan penawaran model komputer riba gaming terbaharunya iaitu TUF Gaming FX505 dan FX705 dengan sokongan spesifikasi yang telah dipertingkatkan spesifikasinya. Berbeza dengan model sedia ada yang sebelum ini mula dijual di Malaysia pada Oktober 2018 yang lalu, model baharu ini telah dilengkapi dengan pemproses dan juga kad grafik yang lebih berkuasa.

Kemunculan TUF Gaming FX505 dan FX705 generasi baharu ini mampu menawarkan pengalaman permainan terbaik melalui sokongan pemproses berprestasi tinggi iaitu sehingga AMD Ryzen 7. Kombinasi kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1660 Ti juga turut menjanjikan kelancaran permainan yang mampu mencapai sehingga tiga digit FPS untuk permainan popular.

Ditawarkan dengan panel skrin berukuran 15.6 inci untuk model FX505, dan 17.3 inci untuk model FX705, kedua-dua komputer riba ini tersedia dalam dua jenis paparan skrin IPS LCD dengan kadar segar semula 60Hz ataupun 120Hz. Malah ia turut menjanjikan saiz bezel yang lebih minimum, dikenali sebagai NanoEdge.

FX505 dan FX705 masing-masing menyokong RAM DDR4-2400 sehingga 32GB, dan ditawarkan dalam pilihan storan berbeza mengikut bajet iaitu SSD sehingga 512GB, 1TB FireCuda SSHD, dan juga storan 1TB HDD  dengan kelajuan sehingga 7,200 RPM. Ia turut dilengkapi dengan teknologi HyperCool yang mampu membantu proses penyejukan CPU dan GPU dengan sokongan kipas dan juga heatsinks berasingan.

Buat masa ini harga jualan dan juga ketersediaan TUF Gaming FX505 dan FX705 masih lagi belum diumumkan secara rasmi, tetapi disahkan akan mula ditawarkan untuk pasaran global bermula suku kedua tahun 2019 ini.

Baca juga:

ASUS TUF Gaming FX505 Dan FX705 Kini Dilancarkan Di Malaysia – Harga Bermula Daripada RM3,699

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend