ASUS TUF Gaming FX505 Dan FX705 Kini Dilancarkan Di Malaysia – Harga Bermula Daripada RM3,699 Comments Off on ASUS TUF Gaming FX505 Dan FX705 Kini Dilancarkan Di Malaysia – Harga Bermula Daripada RM3,699

Selain mengumumkan kemunculan ASUS ROG Phone secara rasmi untuk pasaran tempatan, ASUS Malaysia juga turut melancarkan dua model komputer riba terbaharunya daripada siri ASUS TUF Gaming, iaitu model FX505 dan FX705.

Tampil dengan saiz bezel yang nipis, FX505 hadir dengan sokongan skrin yang lebih kecil iaitu berukuran 15.6 inci, manakala FX705 pula menjanjikan paparan yang lebih besar iaitu 17.3 inci. Malah kedua-duanya turut menyokong paparan FHD IPS-level NanoEdge yang menawarkan kadar segar semula sehingga 144Hz.

Bagi memastikan sambungan Internet yang lebih stabil ketika bermain, FX505 dan FX705 hadir dengan port Ethernet gigabit dengan sokongan rangkaian 2×2 MIMO 802.11ac Wave 2 WiFi. Apa yang lebih penting, kedua-dua komputer riba gaming ini juga turut dilengkapi oleh sistem penyejukan HyperCool dengan kipas dan heatsinks berasingan bagi menyejukkan CPU dan GPU supaya sentiasa optimum.

Malah rekaan kerangka yang mendapat pengiktirafan gred ketenteraan MIL-STD-810G ini juga mampu memastikan ciri tahan lasak yang lebih baik untuk penggunaan seharian. Sokongan papan kekunci HyperStrike pada FX505 dan FX705 ini juga telah diuji untuk bertahan sehingga 20 juta kali sentuhan.

Harga ASUS TUF Gaming FX505:

Harga ASUS TUF Gaming FX705:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend