ASUS TUF A15 Dan TUF A17 Dimumkan Dengan Pemproses 7nm AMD Ryzen Siri-4000 Comments Off on ASUS TUF A15 Dan TUF A17 Dimumkan Dengan Pemproses 7nm AMD Ryzen Siri-4000

Pada awal pengenalan siri TUF, ASUS memaklumkan bahawa siri komputer riba ini akan dikuasakan pemproses dari AMD sahaja. Hal ini kerana ASUS mahu siri TUF lebih mampu dimiliki orang ramai berbanding siri ROG yang kita sedia maklum harganya lebih mahal.

Kini, TUF menerima ahli baharu menerusi model TUF A15 dan TUF A17. Secara asas ianya masih sama iaitu menawarkan komputer riba khusus untuk permainan. Tetapi kini spesifikasinya telah dipertingkatkan apabila ASUS menggunakan pemproses AMD Ryzen siri-4000 dan mahu memberi pilihan Intel Core Generasi ke-10 yang terbaru kepada pengguna.

Fortress Gray

TUF A15 dan TUF A17 berkongsi spesifikasi yang sama tetapi perbezaan adalah pada saiz skrin dan kemasan luaran. TUF A15 dilengkapi paparan 15-inci manakala TUF A17 bersaiz 17-inci. Bagaimanapun kedua-duanya datang dengan pilihan kadar segar semula sehingga 144Hz.

Dua model ini dikuasakan sistem grafik AMD Radeon yang diintegrasi di atas pemproses 7nm AMD Ryzen 4000 Series Mobile. Menurut ASUS, pemproses ini berprestasi untuk bekerja dengan lancar walaupun permainan memerlukan FPS yang tinggi. Melaluinya, pengguna juga boleh melakukan tugasan lain yang lebih berat tanpa sebarang masalah.

Bonfire Black

Daripada segi bateri, siri TUF terbaru dibekalkan pilihan bateri sehingga 90Wh yang mana mampu bertahan lebih lama tanpa kuasa dari adpater. TUF A15 dan TUF A17 dikatakan mampu melayari internet sehingga 8.7 jam dan 12.3 jam untuk main semula video.

Komputer riba TUF pada masa sama dibina untuk tahan lasak dan oleh itu ia telah diberi penarafan MIL-STD-810H yang kalis dari hentakan atau terjatuh kecil mahupun suhu serta kelembapan ekstrem.

Walaubagaimanapun, ASUS tidak mengumumkan tarikh ketersediaan dua buah komputer riba ini namun berkemungkinan besar akan dibawa masuk ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend