ASUS Tawar Kemas Kini Android 10 Beta Untuk ZenFone Max M1, ZenFone Lite Dan ZenFone Live L1/L2 Comments Off on ASUS Tawar Kemas Kini Android 10 Beta Untuk ZenFone Max M1, ZenFone Lite Dan ZenFone Live L1/L2

Apabila membuat pemilihan telefon pintar kelas pertengahan dan bajet, tidak dinafikan jenama ASUS bukanlah pilihan utama pengguna. Tetapi jenama ASUS patut menerima pujian kerana mereka cuba sebaik mungkin untuk menawarkan kemas kini terbaharu untuk peranti keluarannya.

Baru-baru ini empat model mampu milik keluaran ASUS telahpun diumumkan sudahpun mula menerima kemas kini Android 10 beta berasaskan AOSP. Empat model itu adalah ZenFone Max M1, ZenFone Lite, ZenFone Live L1 dan juga ZenFone Live L2.

Menariknya kesemua model ini telah dioperasikan dengan Android 8.0 Oreo, dan ini merupakan kemas kini utama yang ketiga akan diterima oleh telefon pintar mampu milik keluaran ASUS.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend