ASUS ROG Zephyrus S GX701 Dengan Kad Grafik RTX 2080 Max Q Kini Dilancarkan Pada Harga RM13,999 Comments Off on ASUS ROG Zephyrus S GX701 Dengan Kad Grafik RTX 2080 Max Q Kini Dilancarkan Pada Harga RM13,999

Hari ini ASUS Malaysia secara rasminya telah melancarkan komputer riba gaming ternipis di dunia iaitu ASUS ROG Zephyrus S GX701 untuk pasaran tempatan.

Hadir dengan paparan skrin IPS LCD berukuran 17.3 inci FHD dengan kadar segar semula 144Hz, Zephyrus S GX701 memiliki saiz bezel yang sangat nipis. Malah kualiti paparan yang menerima pengesahan Pantone ini turut disertakan dengan teknologi perisian GPU yang eksklusif untuk ROG iaitu NVIDIA G-SYNC Mode untuk prestasi, dan juga Optimus Mode untuk penjimatan bateri.

Pengalaman permainan pada Zephyrus S GX701 menjanjikan prestasi terbaik dengan sokongan kad grafik NVIDIA GeForce RTX2080 Max-Q (8GB GDDR6 VRAM). Ia juga turut dikuasakan dengan pemproses Intel Core i7-8750H, storan 1TB SSD PCIe, dan juga memori 24GB DDR4 (2666MHz).

Apa yang menariknya, setiap satu daripada butang pada papan kekuncinya memiliki LED RGB berasingan yang menjanjikan kombinasi pencahayaan yang lebih unik untuk setiap butang kekunci, dengan menggunakan bantuan perisian Aura Sync. Manakala kawalan pembesar suara juga didatangkan dalam gaya rekaan roda yang lebih mudah untuk dikawal.

Zephyrus S GX701 juga turut tersedia dengan pelbagai port iaitu dua port USB Type-C (salah satu daripadanya menyokong DisplayPort 1.4), tiga port USB Type-A, satu port HDMI, dan juga satu bicu audio 3.5mm dengan sokongan mikrofon.

Dijual pada harga RM13,999, setiap pembelian ASUS ROG Zephyrus S GX701 akan turut didatangkan sekali dengan aksesori percuma iaitu ROG Backpack, ROG Gladius II Mouse dan juga ROG GC21 External Camera yang kesemuanya bernilai RM899.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend